top of page

Runding dengan China: Mahiaddin tidak buat apa pun sepanjang jadi PM



Kenyataan bekas Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin kononnya PM semasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'cuai' apabila sanggup berunding dengan China mengenai sempadan laut yang pada waktu ini diteroka usaha carigali minyak dan gas oleh Petronas dianggap satu cubaan melakukan gimik politik.


Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, malangnya muslihat Ahli Parlimen Pagoh itu memakan diri dan memperlihatkan beliau sebagai bekas PM yang tidak faham ehwal hubungan antarabangsa.


"Apa yang Pagoh buat ini cuma nak menangguk di air keruh. Maksudnya untuk cari kelemahan. Bagi saya kalau itu datangnya daripada seorang pembangkang yang tidak ada langsung pengalaman sebagai PM, mungkin saya faham.


"Tetapi ini bekas PM, bekas kerajaan. Sudah tentu dia memahami hal berkenaan diplomasi, rundingan.


"Bagi saya Datuk Seri Anwar sebagai PM dia berani (berterus terang). Dia menjawab, dia menjelaskan. Kalau nak dapatkan penjelasan puas hati sampai bila pun tak selesai. Cuma saya nampak dia jelas, sebutkan bahawa sebenarnya Petronas carigali di kawasan yang jelas.


"Maka kita teruskan (carigali) dengan kawasan yang telah dikenal pasti, tetapi bagi China dia nampak ada yang bertindih. Jadi bila ada (situasi) begitu kita kena runding," katanya kepada Suara Keadilan.


Syed Ibrahim sebaliknya mahu Mahiaddin menerangkan apakah yang mahu beliau dilakukan dalam menghadapi kuasa besar ekonomi dan ketenteraan seperti China.


Beliau berkata, pada era Ahli Parlimen Pagoh itu memegang kuasa tidak pula kelihatan sebarang tindakan konkrit yang dilakukannya menyelesaikan isu pertindihan tuntutan sempadan laut sepanjang 18 bulan berkuasa.


"Tak kan kita nak berlawan, berperang (dalam isu tuntutan bertindih). Mesti ada rundingan.


"Saya rasa apa yang PM cuba bayangkan itu, dia telus. Tak ada sembunyi atau diam diam. Kita tak pernah dengar perkara ini berlaku pada masa zaman Mahiaddin. Tidak ada keluar apa apa pun. Dia diam sahaja. Maknanya bagi dia lebih baik jangan bising, diam saja, walaupun tak ada apa apa dibuat


"Jadi kita tengok apa yang PM Anwar cuba buat ini suatu yang positif dan mahu melihat bahawa hak kita itu tidak dinafikan. Juga kemampuan, kebolehan kita berdepan dengan mana mana negara besar pun, kelihatannya kuat," katanya.


Justeru, Syed Ibrahim menegaskan rundingan dengan China bukan bermakna Malaysia mengiktiraf tuntutan kuasa ketenteraan itu.


Malah dalam rundingan tidak mustahil Malaysia akan lebih dihormati oleh kuasa besar kerana sikap diplomasi yang bijaksana.


"Kita boleh buat rundingan, pergi diplomasi bertemu dengan China tetapi itu tidak bermakna kita terima sahaja apa yang China minta. Saya rasa itu satu prinsip yang jelas," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page