top of page

Ringgit merosot, wajib pulihkan masalah ekonomi sejak era PN - Rafizi



Pembangkang Perikatan Nasional dibidas kerana sering mengkritik mengenai prestasi ringgit berbading dollar Amerika Syarikat (AS) sedangkan faktanya, pentadbiran PN penyebab fundamental ekonomi negara melemah.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata Kerajaan Perpaduan terpaksa mengambil sedikit masa bagi memulihkan fundemental ekonomi bagi mengelakkan hal hal kecil yang berlaku di negara kuasa besar ekonomi akan menjejaskan ekonomi Malaysia.


"Kenapa kita jadi macam ini? Sebab kita ada masalah struktur. Kalau diberi perlambagan dengan sebuah rumah, hebat macam mana pun rumah kalau tiangnya reput, rumah itu akan berbahaya sampai bila bila.


"Angin tiup sikit sahaja takut nak runtuh. Datang anai anai tumbang, ribut datang confirm melayang. Itu ibaratnya kerana tiang yang menjadi asas kita sudah lemah, dan oleh sebab itu kita menjadi cukup sensitif kepada benda yang berlaku di luar," katanya dalam ceramah Jelajah Madani DUN Taman Medan, malam tadi.


Oleh itu, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menolak tohmahan terbaharu PN kononnya pelaburan langsung asing (FDI) tidak masuk ke Malaysia menyebabkan nilai matawang merosot.


Katanya, kejatuhan ringgit ketika ini hanya berbanding dolar AS sahaja dan bukan matawang lain, bermakna secara teori pelabur telah memindahkan wang simpanan mereka ke AS yang menawarkan kadar faedah lebih baik.


"Bila AS naikkan kadar faedah secara berturut turut kesan dia besar kepada kita kerana orang tak lagi simpan duit di negara ini.


"Orang selalu kata ringgit teruk sebab FDI tak masuk. FDI tak beri kesan sangat nilai matawang. Yang terkesan seperti pengeksport atau pengimport berurusan dengan ringgit dan dolar tiap bulan.


"Kalau tauke kilang besar, jual kepada pembeli di Jerman, sekali jual dia dapat AS$10 juta. Jika tak bawa balik duit itu, tinggalkan di bank Jerman akan dapat hasil 5% setahun. Kalau tukar kepada ringgit simpan dalam bank di Malaysia dapat 3%.


"AS$10 juta ini hampir RM50 juta. Beza 2% adalah RM1 juta. Begitu juga pelabur dana potforlio yang beli bon, saham negara kita. Kalau letak di Malaysia dapat 3%. Apatah lagi kalau letak di AS, dapat 5%," katanya.


Tegas Rafizi, Kerajaan tidak akan melakukan polisi 'bodoh' dengan menaikkan kadar faedah bagi menguatkan ringgit kerana akan menyebabkan orang membayar pinjaman menderita akibat kadar faedah dalam negara turut meningkat.


Sebaiknya, Rafizi menyarankan rakyat melihat hal yang telah berjaya dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan sejak 7 bulan lalu, iaitu mengawal inflasi pada kadar 2.8%.


Katanya, inflasi yang rendah dalam tempoh 12 bulan itu telah merendahkan harga barang.


"Perbandingannya cukup jelas bila Kerajaan Perpaduan ambil alih tiap bulan harga turun bila dibandingkan 33 bulan PN memerintah.


"Kalau jujur nak bandingkan keadaan ekonomi dan kewangan sebelum Kerajaan Perpaduan ambil alih maka bandingkan zaman dia.


"Zaman dia harga naik mendadak, kadar inflasi naik 3 kali ganda. Menteri Bersatu dan Pas jawab apa? 'Tak ada masalah harga barang'.


"Bila kita berjaya turunkan harga dia kata data tak betul. Sekarang dia bising pula, sampai Muhyiddin kata kerajaan tak ada perancangan bantu rakyat.


"Jadi pembangkang itu muka janganlah tebal sangat. Korang tambah hutang buat masalah, tiba tiba korang jadi juara rakyat pula," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page