top of page

Ribuan warga emas Kelantan tidak hadir suntikan vaksin, Rina perlu beri penjelasan


Wanita KEADILAN memandang berat 10,000 penerima vaksin Covid 19 di Kelantan yang kebanyakannya warga emas tidak hadir menerima suntikan vaksin, baru-baru ini.


Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean berkata, jumlah itu tidak boleh dipandang ringan kerana warga emas adalah golongan yang kurang daya tahan dan lebih banyak diserang Covid 19 berdasarkan statistik.


Katanya, kegagalan proses vaksinasi di Kelantan itu wajar ditangani oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun yang bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan tersebut.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada Rina kerana akhirnya muncul dan memaklumkan kepada rakyat mengenai perkembangan terkini pemvaksinan warga emas selepas satu minggu lebih saya mempersoalkan isu ini dalam kenyataan saya pada 15 dan 18 Mei.


"Bagaimanapun kerisauan yang ingin saya sampaikan melalui kenyataan saya pada 15 Mei itu ternyata telah berlaku di Negeri Kelantan.

"Berdasarkan penjelasan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) pada 25 Mei, dimaklumkan bahawa terdapat warga emas yang tidak mahir menggunakan MySejahtera dan kekurangan maklumat tepat dan menjadi punca utama 10,000 warga emas di negeri itu tidak hadir janji temu untuk menerima vaksin.


"Perkara ini menunjukkan pelan komunikasi kesedaran pemvaksinan kepada kumpulan sasar warga emas gagal teruk dan Rina juga gagal memahami dan menekankan keperluan warga emas kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).


"Perlu untuk Rina sedar bahawa perkhidmatan panggilan telefon dan peringatan adalah kemudahan asas bagi mengurus golongan warga emas ini. Tambahan lagi, kita mempunyai 2.3 juta warga emas berusia 65 ke atas (angka Jabatan Perangakaan Malaysia)," katanya dalam satu kenyataan.


Ker Chean berpendapat untuk mendorong lebih ramai warga emas keluar menerima suntikan vaksin dicadangkan agar kerajaan bekerjasama dengan pemimpin masyarakat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua Kampung dan Ahli Majlis tempatan menyusun pengangkutan untuk membawa warga emas dari rumah ke Pusat Pemberian Vaksi.n khususnya di kawasan luar bandar.


Selain itu, beliau juga membangkitkan kegagalan KPWKM mengutamakan pemvaksinan penghuni di pusat jagaan seluruh negara


"Hanya 652 penghuni warga emas telah mendapatkan suntikan vaksin dos pertama di pusat jagaan berdaftar dengan KPWKM walaupun sudah satu bulan lebih Fasa Kedua PICK dilaksanakan sejak 19 April lalu.


"Tambahan pula, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, masih terdapat 1,300 pusat jagaan dan kira-kira 22,000 orang penghuni dan penjaga pusat jagaan warga emas yang bukan dalam radar kerajaan, belum tampil mendaftar apatah lagi menerima vaksin.


"Seharusnya semua penghuni warga emas pusat jagaan tidak kira berdaftar atau tidak berdaftar dengan KPWKM telah menerima suntikan vaksin pada bulan pertama.


"Keutamaan pemvaksinan di pusat jagaan warga emas adalah genting kerana menurut data Kementerian Kesihatan, kadar kematian warga emas di pusat jagaan adalah tinggi sebanyak 1.48%, berbanding dengan kadar kematian kebangsaan sekitar 0.38%," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page