top of page

Reformasi Parlimen diteruskan, bebas dari pengaruh eksekutif

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 13, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan kekal tegas memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif menerusi reformasi Parlimen.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hantaran di laman sosialnya berkata, usaha itu bagi memperkukuh demokrasi berperlembagaan di negara ini.


"Parlimen merupakan institusi yang penting dalam sesebuah negara dan berfungsi sebagai semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif Kerajaan.


"Kerajaan MADANI telah mengorak langkah memulakan agenda reformasi Parlimen dalam sidang 2023 dengan mengadakan Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, Perbahasan Laporan SUHAKAM dan penambahbaikan Kamar Khas," katanya.


Kenyataan itu menyusul susulan kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada Jumaat.


Menurut Anwar pada pertemuan itu mereka bertukar pandangan dan membincangkan agenda terkait cadangan dasar untuk menggubal Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page