top of page

Rawatan Covid 19 hospital swasta: Benarkah kos RM77,000 seorang pesakit?



Pengumuman kerajaan darurat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa RM100 juta diperuntukkan kepada hospital swasta merawat untuk pesakit Covid 19 menjadi tanda tanya kepada rakyat kerana undang-undang darurat membenarkan kerajaan mengambilalih hospital swasta bagi keperluan kecemasan.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, kenyataan terbaharu kerajaan itu mungkin mengejutkan sesetengah pihak kerana kos merawat pesakit dibayangkan amat tinggi berdasarkan ruang rawatan hospital swasta yang diperuntukan untuk pesakit Covid hanya 1,286 katil.


"Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Noor Hisham mengumumkan bahawa sebanyak 1,286 katil telah dikenalpasti oleh hospital-hospital swasta merawat pesakit Covid-19.


"Andaikan RM100 juta hanya diperuntukkan untuk penambahan muatan, kos untuk persiapkan setiap katil adalah setinggi RM77,000.


"Sebenarnya kos ini tidak mengejutkan jika pengiraan dibuat mengikut harga pasaran hospital swasta. Selain itu, walaupun pesakit diizinkan menggunakan kad perubatan sendiri, akhirnya bayaran premium insuran dan pengurangan had rawatan tetap ditanggung oleh rakyat sendiri.


"Saya menggesa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya jangan mengadakan rundingan tersebut secara sulit dan tertutup, sebaliknya perlu memaklumkan perkembangan terkini kepada rakyat dalam masa terdekat.


"Kerajaan perlu menggemblingkan sumber daripada pihak swasta untuk menangani Covid-19. Akan tetapi, sekiranya proses rundingan tidak dibuat secara telus dengan rancangan yang tersusun, masalah kekurangan katil dan peralatan bukan sahaja tidak dapat diatasi, malah dana tersebut mungkin akan diperah oleh pihak tertentu dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun menurut ADUN Semambu itu lagi, masalah utama yang perlu diselesaikan dalam pengendalian pesakit Covid adalah diskriminasi rawatan apabila sistem kesihatan awam dan swasta digabungkan.


Katanya, siapa yang akan memutuskan bagaimana pesakit harus diwadkan? Adakah hospital swasta boleh mengutamakan pesakit yang kaya, ataupun mereka yang memiliki kad perubatan?


"Kita sedia maklum bahawa tiada sesiapa pun yang ingin dijangkiti Covid-19. Percantuman dwi-sistem kesihatan ini berkemungkinan besar akan meningkatkan risiko diskriminasi rawatan, dan kemudian membawa kepada ketidakadilan sosial," katanya.


Oleh yang demikian, beliau mencadangkan pendekatan yang lebih praktikal dengan mencegah individu yang berpotensi dijangkiti Covid daripada menjadi kritikal dan memerlukan bantuan perubatan di hospital.


Kata Chean Chung, sekiranya individdu berpotensi dikuarantin dengan betul maka berkemungkinan besar mereka tidak perlu dirujuk ke hospital.


"Daripada menghabiskan masa dalam pusingan rundingan pihak mana yang patut membayar, Kerajaan PN sewajarnya memberi fokus kepada penambahan kapasiti kemudahan kuarantin berpusat seperti Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) untuk pesakit yang tidak serius ataupun tidak bersintom. Saya berpendapat pendekatan ini adalah jauh lebih berkesan.


"Tambahan, pihak berkenaan harus menumpukan usaha dalam pencegahan, misalannya meningkatkan keupayaan pengesanan kontak, kuarantin, pengasingan, dan ujian saringan.


"Jelas keupayaan kita dilihat ketinggalan dan merosot. Peruntukan RM100 juta kepada hospital swasta dilihat megah jika dinilai secara kasar, tetapi kesan negatif sampingan mungkin melebihi apa yang harap dicapai," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page