top of page

Rancangan Selangor Pertama sasar pertumbuhan 6.5%, pelaburan RM35 bilion setahun



Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor hari ini mensasarkan strategi untuk memastikan Selangor terus menjadi negeri terkaya di Malaysia sepanjang tempoh 5 tahun akan datang.


Amirudin menjelaskan RS - 1 yang buat julung kalinya dibentangkan oleh sebuah Kerajaan Negeri menggariskan 14 petunjuk makro bagi mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kualiti kehidupan rakyat.


Sasaran juga, katanya, meliputi usaha mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 6.5 hingga 7.0% dan pelaburan sehingga RM35 bilion setahun


"RS-1 bukan sahaja beriltizam mencapai sumbangan 30 peratus KDNK negara menjelang 2025, tetapi the golden balance (keseimbangan hakiki) antara pertumbuhan ekonomi dan penambahbaikan taraf kualiti hidup rakyat.


"(Ia) akan mengurangkan ketidaksamaan ini dengan menyediakan apa yang diperlukan rakyat di lokaliti seluruh Selangor, terutama kawasan yang mengalami pembandaran rancak," katanya dipetik.


Menurut MB lagi, pelan RS - 1 turut merangkumi cabaran menyediakan rumah mampu milik selain penyampaian perkhidmatan yang berkesan, berteras konsep negeri berdaya huni.


Juga termasuk penembusan jalur lebar tetap bagi setiap 100 premis pada kadar 70% yang mampu mewujudkan peluang kerja kepada 3.8 juta orang.


Kerajaan Negeri juga katanya menetapkan sasaran median pendapatan isi rumah RM9,290 sebulan; mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.7%; meningkatkan kadar kitar semula sisa bahan buangan kepada 15% dan Penyelesaian projek RS-1 berimpak tinggi pada tahap 100% berdasarkan kemajuan semasa.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page