top of page

Rakyat Malaysia perlu persiapkan diri hadapi era digitalisasi sepenuhnya



Pendigitalan ekonomi, pentadbiran dan pendidikan secara sepenuhnya akan berlaku dalam tempoh kurang sedekad dari sekarang.


Banyak pihak bimbang dengan kelewatan kerajaan Perikatan Nasional membentangkan Rancangan Malaysia Ke 12 dan agenda digitalisasi yang kabur akan membuat rakyat ketinggalan serta kehilangan peluang ekonomi masa hadapan.


Bagi mantan Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub, pelbagai platform baharu perekonomian yang telah dan akan diperkenalkan memerlukan rakyat memiliki kemahiran berlainan serta daya inovasi tinggi.


Katanya, andai kerajaan tidak mampu melaksanakan kerangka baharu ekonomi, pembangkang perlu muncul dengan Agenda Digital Ekonomi Manusiawi 2030 sebagaimana KEADILAN pernah memperkenalkan Agenda Ekonomi Malaysia pada 2007 lalu.


"Dalam hal ini kita lihat contoh pada 1998, Kodak, pengeluar kamera dan filem utama dan mempunyai 170,000 pekerja serta menjual hampir 80% kertas gambar yang ada di seluruh dunia, dalam beberapa tahun kemudian model perniagaan itu pupus dan tidak dikenali lagi. Ini kenyataan dalam suasana ekomomi baharu.


"UBER sebagai contoh, hanya ada tools software, mereka tidak ada kereta tetapi UBER sekarang merupakan syarikat teksi terbesar di dunia.


"Manakala Airbnb Inc merupakan syarikat hotel terbesar di dunia walaupun mereka tidak ada satu hartanah atau bangunan pun. Mengapa boleh berlaku sedemikian?


"Di sini kita lihat kecerdasan buatan (AI) menjadi semakin berkembang dalam tempoh yang cukup singkat. Sebab itu di Amerika Syarikat kini peguam muda sukar mendapat pekerjaan kerana IBM Watson membuat tools (aplikasi) yang boleh memberikan nasihat undang-undang dalam tempoh beberapa saat dengan 90% ketepatan berbanding 70% ketepatan yang dilakukan manusia.


"Semua ini keadaan yang memeningkan kita tetapi itulah realiti yang sedang berlaku," katanya dalam siaran langsung Facebook, forum MINT bertajuk 'ADEM 2030', baru-baru ini.


Menurut Mustafa lagi, teknologi kecerdasan buatan begitu pesat melanda dunia dan dalam sedekad banyak pekerjaan yang dilakukan manusia akan diambilalih oleh robot atau pun aplikasi komputer.


"IBM Watson juga sedang membantu doktor mengenalpasti masalah penyakit kanser. Diagnosis aplikasi itu dilaporkan 4 kali lebih tepat berbanding secara konvensional. Ini semua berlaku dalam tempoh pantas dan dijangkakan pada 2030 komputer akan menjadi lebih bijak berbanding manusia.


"Walaupun kita ada roh, ada jiwa tetapi kebijaksanaan yang komputer ada melebihi manusia. Ini keadaan yang sedang kita alami. Demikian juga kereta yang bergerak sendiri misalnya. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi kita akan saksikan berlaku keadaan di mana kereta bergerak sendiri ini akan mendominasi jalan raya.


"Keadaan ini kita tidak boleh elak. Teknologi digital pantas berubah termasuk dalam memperkenalkan wang digital," katanya.


Menurut Koordinator Gabungan Reformis Malaysia itu, wang digital dan platform e-dagang akan menjadi trend masa hadapan. Bekerja di rumah juga adalah norma baharu dan sebahagian mesyuarat akan berlaku secara online yang akan menukar kehidupan rakyat Malaysia secara drastik untuk 5 - 10 tahun akan datang.


"Termasuk dalam ekonomi digital, penggunaan internet diramalkan meningkat kepada 4.5 bilion pengguna pada 2021 daripada 3 bilion pada 2016.


"Demikian jualan e-dagang mencecah AS$4.2 trilion pada 2020, dan dijangka meningkat kepada AS$6.5 trilion pada 2023. Ini semua gambaran bagaimana ekonomi digital akan terus pesat termasuk di ASEAN.


"Kita (di ASEAN) adalah pasaran internet keempat terbesar di dunia dengan 360 juta pelanggan, pendapatan e-dagang lebh AS$25 bilion pada 2020 lalu


"Ini gambaran ekonomi digital itu semakin menguasai keadaan, termasuk pandemik Covid 19 mempercepatkan lagi pertumbuhannya," kata Mustaffa lagi.


Sehubungan itu, beliau menyeru kepada ahli akademik dan pemikir untuk merangka satu pelan besar menghadapi realiti ekonomi serba baharu yang mungkin sudah mula digerakkan di Singapura atau Indonesia yang mana kerajaannya lebih peka kepada perubahan sekeliling berbanding di negara ini.






0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page