top of page

Rakyat Kedah digesa betulkan 'kesilapan' dalam PRN



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar berharap rakyat di negeri itu akan mengambil peluang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan selewat lewatnya 6 bulan lagi untuk membetulkan 'kesilapan' memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu.


Mahfuz ketika menyampaikan ceramah pada Karnival Jelajah Perpaduan di Alor Setar pada Jumaat berkata, kesilapan itu boleh difahami kerana pada kempen PRU lalu, rakyat sering dipantakkan dengan dakwaan tidak berasas terhadap PH.


Antaranya kata beliau, termasuklah kononnya PH akan menyokong budaya LGBT sehingga akan membenarkan perkahwinan antara lelaki dengan lelaki andai Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.


"Mungkin kerana selalu mendengar dakwaan tak berasas, akhirnya ada yang percaya habis-habisan. Kononnya kalau PH perintah, lelaki boleh kahwin dengan lelaki dan perempuan perlu pakai skirt ke sekolah.


"Apabila kita sudah memerintah, rupa-rupanya baru tahu yang semua itu fitnah. Sebab itu apabila negeri ini tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempoh hari, sebenarnya Allah atur elok nak bagi rakyat Kedah perbaiki kesilapan, supaya kita belajar daripada kesilapan itu," katanya dipetik.


Sementara itu katanya, pemimpin Pas termasuk Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berdepan dilema besar untuk bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan soal pembangunan negeri.


Hal itu kerana tohmahan dan tuduhan liar yang dilemparkan kepada Presiden KEADILAN itu sebelum ini.


"Menteri Besar pun bercakap sampai tak ketahuan hala. Dulu beliau persoal bagaimana Anwar nak jadi Perdana Menteri kerana didakwa tidak memiliki moral tetapi kini nak jumpa pula dah.


"Ketika ini pun Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi sedang memikirkan untuk bertemu Perdana Menteri.


"Kita harap semua pihak bersedia bagi memastikan kerajaan di Kedah ini sama (diganti) dengan Kerajaan Persekutuan," katanya.


Untuk rekod, Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah dibuat pemimpin Pas itu dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun'.


Mahkamah Tinggi Alor Setar mengeluarkan arahan untuk Sanusi memfailkan pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 13 Februari ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page