top of page

Rakyat dibenarkan berziarah pada hari raya pertama Aidilfitri sahaja


Rakyat dibenarkan melakukan aktiviti ziarah pada hari raya pertama Aidilfitri sahaja, memanadangkan negara masih berdepan ancaman wabak COVID-19.


Setakat semalam, Malaysia mencatatkan dua kematian, 37 kes baharu, 58 sembuh dan 1,387 kes aktif termasuk 16 kritikal dan empat kes yang memerlukan bantuan pernafasan.


"Aktiviti ziarah untuk hari raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dibenarkan pada hari pertama perayaan sahaja," menurut satu teks mesej ringkas yang disebarkan oleh Majlis Keselamatan Negara hari ini,


Perkara itu adalah berdasarkan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.


"Terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari.


"Jumlah 20 orang itu juga perlu diambil kira berdasarkan saiz satu-satu rumah, katakan rumah flat yang berukuran 600 kaki persegi, 20 orang mungkin terlalu ramai dan tidak boleh lakukan penjarakan sosial.


"Jadi, mungkin 5 orang sebanyak 4 kali, tapi maksimum tetap 20 orang dalam satu hari. SOP tetap perlu diikuti sewaktu kunjung mengunjung dengan ahli keluarga.


"Guna pembasmi kuman, kalau tidak ada, basuh tangan ketika melawat. Kalau boleh pakai topeng muka dan yang paling penting adalah penjarakan sosial," katanya.


Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa sehingga 9 Jun.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page