top of page

Nilai ringgit: Radzi cermin diri kegagalan 33 bulan PN urus ekonomi - AMK



Oleh: Abdullah Zaid


Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Haziq Azfar menggesa Naib Presiden Parti Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ‘bercermin diri’ ekoran kritikannya berhubung prestasi nilai matawang ringgit.


Menurut Haziq, naratif songsang Radzi terkait prestasi ringgit tidak seharusnya dijaja memandangkan keadaan ekonomi sewaktu Ahli Parlimen Putrajaya itu berada dalam kerajaan 33 bulan lebih teruk.


Jelasnya, prestasi semasa ringgit pada ketika ini terjejas akibat dipengaruhi faktor luar seperti kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat yang menyebabkan pelabur lebih berminat menyimpan dalam dolar.

Haziq Azfar

"Prestasi ekonomi di bawah Kerajaan Perikatan Nasional sebenarnya jauh lebih buruk berbanding prestasi ekonomi pada hari ini.


"Ia termasuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang paling rendah di Asia Tenggara pada tahun 2020; inflasi tinggi mencecah 4.5%; Penarafan Fitch Ratings merudum menyebabkan peningkatan bunga kepada hutang negara; kadar pengangguran tinggi dan puluhan ribu peniaga gulung tikar kerana polisi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) separuh masak," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas beliau, keadaan cukup berbeza dengan ekonomi negara hari ini termasuklah kadar pengangguran, inflasi, Pelaburan Langsung Asing dan Bursa Saham yang menunjukkan perkembangan positif sekali gus menyokong pendapat bahawa faktor luaran menjejaskan prestasi nilai ringgit.


"Beliau (Radzi) hakikatnya hilang 'locus standi' secara moral untuk bercakap tentang prestasi ringgit apabila menganggotai Jemaah Menteri (ketika PN berkuasa dan) gagal menguruskan ekonomi tatkala berpeluang melakukan sedemikian rupa," katanya.


Justeru, Haziq menyeru pemimpin Bersatu itu untuk bermuhasabah daripada terus memomokan naratif songsang sedangkan mereka gagal menguruskan ekonomi sewaktu 33 bulan menjadi Kerajaan.


Semalam Radzi mengkritik kerajaan kononnya tidak serius dalam usaha memulihkan nilai ringgit. Beliau memberi contoh nilai ringgit yang rendah telah merugikan rakyat Malaysia yang mahu melakukan umrah di Mekad dan sebagainya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page