PRN Melaka penuh muslihat, tiada bukti rakyat telah kembali kepada BN - Hassan Karim



Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung kelmarin tidak boleh dianggap sebagai 'kembalinya rakyat kepada BN' sebagaimana propaganda yang ditiupkan oleh media arus perdana sejak semalam dan sehingga seminggu akan datang.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, PRN tersebut memang dirancang sedemikian rupa untuk menutup mulut pemimpin PH yang biasanya mampu mengumpulkan puluhan ribu rakyat dalam ceramah ceramah umum.


Katanya, tanpa ceramah dan kempen rumah ke rumah yang menjadi cara tradisi PH menerangkan manifesto, tiada apa yang boleh dilakukan dalam PRN kali ini.


"Bukan tidak pandai menari, lalu lantai dikatakan tinggi rendah


"PRN Melaka ini sesungguhnya suatu pilihan raya yang tidak bebas dan tidak adil.


"BN sekarang jadi Kerajaan di peringkat pusat. BN menguasai radio dan televisyen Kerajaan iaitu RTM. BN baik Umno atau MCA atau MIC menguasai media akhbar arus perdana.Televisyen swasta juga dikuasai oleh Umno.


"Manakala parti Pembangkang khususnya PH tidak ada media seperti yang BN ada. PH masuk pilihan raya dengan mulut tidak boleh bersuara dan tangan diikat ke belakang juga kaki dibelenggu dengan SOP yang ketat," kata Hassan.


Beliau juga mengkritik Prosedur Operasi Piawai (SOP) berkempen yang terlalu keras dan mendenda berpuluh ribu ringgit para petugas kempen PH, sedangkan para petugas tersebut datang membantu dengan wang peribadi tidak sebagaimana petugas BN atau PN.


"Pemimpin Umno dan BN banyak wang. Setakat sejuta dua juta ringgit itu semacam duit petty cash sahaja.


"Apalah sangat kompaun RM1,000 atau RM2,000 atau RM10,000 denda atau kompaun melanggar SOP kempen kepada para pemimpin Umno dan BN. Tetapi calon serta petugas pilihan raya PH begitu bimbang dan takut jika kena kompaun.


"Jadi BN tidak bolehlah kata rakyat telah kembali menyokong mereka. Jika peratus pengundi yang keluar melebihi 70 % keputusan PRN tentu berbeza," katanya.


Selain itu, kata Hassan, pemerintah juga tidak mengiatkan penerangan secara bersungguh sungguh menjamin keselamatan pengundi dari jangkitan Covid 19. Seolah-olah mahu membiarkan rakyat tidak keluar mengundi.


"Pilihan raya ini dibuat dengan sengaja dalam keadaan pandemik Covid-19 di mana rakyat masih bimbang akan keselamatan kesihatan mereka dari jangkitan. Memang ini situasi yang dikehendaki oleh BN.Semakin kurang pengundi Melaka yang duduk di luar negeri pulang mengundi, semakin baik bagi mereka.


"PH menang besar dalam PRU14 lalu kerana ramai pengundi luar pulang ke Melaka untuk mengundi," katanya.


Hassan turut memberi amaran jika kerajaan BN berterusan mahukan pilihan raya sebagaimana di Melaka maka mereka sebenarnya telah memusnahkan demokrasi di Malaysia kerana tidak ada negara di dunia yang melaksanakan SOP kempen seketat Malaysia.


"PRN yang penuh muslihat untuk kalahkan Pembangkang khususnya PH adalah bertentangan dengan prinsip asas demokrasi yang menjamin hak setiap pengundi melaksanakan hak mereka untuk mengundi, tanpa sebarang ancaman termasuk ancaman Covid-19.


"Hak calon calon yang bertanding untuk bebas berkempen dengan menemui rakyat atau pengundi secara langsung adalah asas kempen dalam demokrasi. Prinsip ini dinafikan di Melaka melalui SOP Kementerian Kesihatan Malaysia yang didekrikan oleh Majlis Keselamatan Negara," katanya.


Oleh itu, tegas Hassan, tidak ada apa yang boleh dibanggakan BN kononnya rakyat telah kembali menyokong mereka, sedangkan yang keluar mengundi adalah pengundi tegar mereka sahaja.


"Jadi apa yang BN boleh banggakan dengan menang melalui pilihan raya yang tidak bebas dan adil ini?


"Kempen secara atas talian bercanggah dengan prinsip demokrasi pilihan raya yang adil dan bebas. Membeli barang bolehlah dibuat secara online. Tetapi meraih undi dan sokongan rakyat mestilah secara hubungan manusia secara langsung bukan atas talian," katanya lagi





2 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER