top of page

PM jelaskan rasional kukuhkan hubungan Malaysia - China

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Mar 31, 2023
1 min read


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi rasional kepada keputusan Malaysia memberi keutamaan hubungan dengan negara China.


Berucap dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia, di Beijing semalam beliau berkata kedua-dua negara bukan sahaja mempunyai hubungan dagangan yang baik dan hala tuju hubungan yang tidak bermasalah. Tetapi bebih daripada itu kedudukan ekonomi negara kuasa besar tersebut juga disifatkan sebagai ‘raksasa’ dunia.

"China adalah jiran (hubungan rapat) dan China sebagai rakan dagang yang penting untuk Malaysia… dan sebab itu (saya) memberikan keutamaan untuk datang ke China dulu.


"Sebagai negara perdagangan, kita mesti mengekalkan hubungan baik dengan semua (negara) termasuk Amerika Syarikat,” katanya dalam program dihadiri lebih 200 rakyat Malaysia itu.

Sementara itu, Anwar turut menjelaskan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbirannya ketika ini semakin utuh dan stabil menjadi faktor pemangkin kepada pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.


"Kerana itu (pertumbuhan), lebih banyak yang boleh diselesaikan seperti masalah pengangguran, kesenjangan antara maha kaya dan miskin serta isu pendidikan.


"Nampak usaha untuk jalin kerjasama antara parti kian kukuh dari hari demi hari dan rakan-rakan dalam jemaah menteri diberikan beban yang tinggi (tanggungjawab)," ujarnya lagi.

1 Comment


Alex lim
Alex lim
Mar 31, 2023

SYUKUR!!! 🙏🙏🙏Malaysia has recovered her pride & respect after PRU15 ... after 65+++ yrs of deliberated hypocritical suppression & kleptocratic governance by 'imposters & fakes' who made politics as the fastest way yo be millionaires & billionaires!!!


Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page