top of page

Pilih parti berasaskan kaum: Anak muda perlu pendidikan kenegaraan



Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 rakyat dikejutkan dengan undi anak muda yang lebih cenderung memilih parti berasaskan kaum.


Bagi Setiausaha KEADILAN Cabang Batu, Yuslaini Azmi, kecenderungan tersebut tidak sewajarnya berlaku dalam negara majmuk seperti Malaysia.


Kata beliau, terdapat beberapa kriteria lain yang perlu diperhitungkan oleh para pengundi muda seperti kebolehan memimpin, daya intelek dan sebagainya berbanding hanya faktor kaum.


"Apa yang menarik kali ini pengundi berumur 18 tahun menjadi penentu utama dalam proses pilihan raya. Namun, keputusan tidak begitu memihak pada mana-mana parti.


"Apa yang saya lihat pendidikan politik belum cukup, mengakibatkan sebahagian besar anak-anak muda ini memilih untuk mengundi parti yang memperjuangkan kaum mereka berbanding memahami bagaimana sistem politik negara kita berfungsi.


"Hal ini dapat dilihat apabila tindakan sesetengah anak muda yang masih memainkan isu perkauman dan tragedi 13 Mei tanpa memahami sejarah itu sendiri dengan lebih lanjut.


"Masih banyak perlu dilakukan dalam membuka mata anak-anak muda dalam pendidikan politik negara, dan usaha ini perlu dilakukan secara berterusan dari masa ke semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.


Walau bagaimanapun, kata Yuslaini, di kawasan bandar keadaan politik agak terbuka dan pengundi muda serta dewasa memilih wakil rakyat berdasarkan rekod perkhidmatan atau pun dasar perjuangan parti yang lebih rasional.


"Melihatkan keputusan PRU-15 ini boleh disimpulkan sebahagian rakyat Malaysia menolak sesebuah parti yang terlampau ekstrem perkauman dan agama, namun begitu golongan progresif atau “woke” ini bukanlah kumpulan segmen pengundi utama.


"Segmen pengundi Melayu khususnya masih terperangkap dalam lensa konservatif dengan menggantikan BN dengan Perikatan Nasional (PN) hanya kerana mereka menolak parti yang diselubungi isu rasuah.


"Pada pandangan saya ini petanda baik apabila rakyat mula fokus isu rasuah dan integriti seseorang pemimpin. Malah ketika kempen pilihanraya baru-baru ini perang soal calon berintegriti dan rasuah kerap dimainkan dan menjadi penyumbang penolakan besar-besaran terhadap calon BN, dan ini boleh dilihat apabila penyokong ultra Melayu yang kecewa memilih untuk mengundi PN berbanding BN. Di kawasan bandar pula, pengundi masih memilih untuk mengekalkan PH," katanya.


Namun secara keseluruhannya, menurut Yuslaini, sistem pilihan raya Malaysia harus diperbaiki terutama cara penentu sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan.


Sistem 'First Past The Post’ (FPTP) katanya perlu dinaiktaraf kerana tidak banyak digunakan di negara lain di dunia.


"Masih banyak kelompongan perlu diperbaiki dalam sistem politik negara, terutamanya isu persempadanan semula dan sistem 'First Past The Post’ (FPTP) yang perlu dikaji dan digantikan dengan sistem yang lebih baik," katanya.


Tegas beliau, walau siapapun menjadi Perdana Menteri selepas ini, tanggungjawab di hadapan cukup berat untuk memulihkan negara, meyakinkan pelabur untuk melabur dan mengangkat Malaysia kembali sebagai Harimau Asia.


"Saya mengharapkan setiap keputusan di hadapan kita hari ini menyatukan kita rakyat Malaysia dan memberi keuntungan jangka panjang buat rakyat amnya," kata Yuslaini lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page