PH perlu siap sedia, kerajaan PN retak menanti belah - Najwan



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di ambang perpecahan apabila 189 daripada 191 bahagian Umno menyatakan pendirian rasmi menolak kerjasama politik dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Najwan Halimi, situasi dalam gabungan pemerintah itu boleh dianggap retak menanti belah dan kemungkinan sesuatu yang lebih buruk akan berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno pada hujung Januari ini.


"Hal itu (perpecahan) sewajarnya direnung serta diinsafi oleh pimpinan dan pendukung Pakatan Harapan (PH) bahawa mana-mana kerjasama politik yang dibentuk menerusi muslihat, penipuan dan pengkhianatan tidak akan bertahan lama dan bakal menemui pengakhiran yang memalukan.


"Justeru, dalam situasi sempang peranang yang sedang melanda PN ketika ini, PH seharusnya mengambil ruang dan ikhtiar untuk memperkukuhkan kerjasama di antara parti-parti komponen; KEADILAN, DAP dan AMANAH serta siap siaga untuk menghadapi PRU15 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu, Najwan menyeru agar PH segera merancang strategi pilihan raya yang mantap untuk memastikan gabungan itu berjaya menawan Putrajaya sebagaimana dalam PRU ke 14 lalu.


"PH perlu bergerak secara lebih agresif dengan merangka semula kebijakan ekonomi dan sosial yang lebih berkesan demi memenangi semula kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia, seterusnya mengambil alih kembali Putrajaya di dalam PRU15," katanya lagi.


Perpecahan dalam PN semakin tidak boleh dielakkan apabila sebilangan pemimpin Umno sejak semalam memberi amaran akan menarik sokongan dari perikatan sekiranya Parlimen tidak dibubarkan dalam suku pertama 2021.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio