top of page

Peruntukan mesti ditambah, sumber kewangan mesti didedahkan - Anwar Ibrahim


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan tiga isu utama berkenaan dengan soal memulihkan semula ekonomi negara.


Dalam permulaan perbahasannya mengenai Titah Diraja, Anwar berkata peruntukan untuk pakej ransangan ekonomi perlu dibahaskan di Parlimen.


"Saya bersetuju apabila Perdana Menteri berkata kerajaan perlu segerakan pelaksanaan pakej ekonomi.


"Kita tidak kata sidang Parlimen itu melengahkan proses tetapi ia harus disusuli dengan perbahasan.


"Di Singapura mereka berbahas, begitu juga dengan Australia dan Kanada. Ia tidak melengahkan.


"Apa sebabnya perlu ada sidang adalah ia melibatkan angka dan program yang perlu dibahas. Parlimen harus digunakan untuk mendengar hujahan pelbagai pihak," katanya di Dewan Rakyat.


Anwar kemudian membangkitkan isu kedua iaitu jumlah peruntukan sebanyak RM250 bilion dalam pakej ransangan ekonomi dianggap tidak mencukupi.


"Saya bagi satu angka, kekuatan ekonomi negara adalah RM1.16 trilion setahun. Kalau dikira peruntukan sebulan, kekuatan ekonomi adalah RM100.33 bilion.


"Pakej ini boleh dipertikai sebab yang dilulus tidak sampai RM300 bilion, kalau ambil angka ini pun bermakna suntikan harus ditambah, jelas pakej tak mencukupi. Paling maksima boleh bertahan adalah tiga bulan.


"Justeru, usul suntikan dana untuk meransang ekonomi perlu ditambah.


"Sebab itu bila Perdana Menteri umum peruntukan, perlu diberi ruang untuk berbahas, tapi dia kata sulitkan pelaksanaan, yang pelaksanaan teruskan tapi mesti dibahaskan juga," katanya.


Anwar membangkitkan isu ketiga apabila beliau menggesa Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz supaya mendedahkan dari mana kementeriannya memperoleh sumber kewangan.


"Unjuran awal Menteri Kewangan meleset. Dia satu-satunya Menteri Kewangan di dunia ini yang yakin V-shape growth akan berlaku.


"Tidak apalah, mungkin beliau nak bagi gambaran positif. Tapi dalam pembangunan ekonomi kita mesti realistik. Akhirnya dia mengaku keadaan lebih rumit.


"Unjuran pengangguran ketika ini seramai 200,000 orang dan ini tak termasuk apa yang disebut Jabatan Statistik dan Perkeso berkenaan mereka yang diberi cuit tanpa gaji, maknanya mereka tak ada kerja. Kesempitan hidup itu real.


"Sebab itu Menteri Kewangan harus jelaskan, harus jawab dari mana peruntukan diperoleh tapi dia kata dari ekosistem kewangan negara.


"Ini bukan jawapan, jawapan harus spesifik. Ahli Parlimen harus tahu dan rakyat harus tahu dari ekosistem mana.


"Kalau macam itu, ketua kampung Port Dickson pun boleh jawab, tapi dia akan guna istilah lainlah, dia takkan guna istilah ekosistem.


"Kita minta pembentangan lebih teliti oleh Menteri Kewangan, kalau sumber dari luar ekosistem tak ada masalah, tapi kalau ada defisit itu masalah," katanya.


Anwar mengakhiri hujahnya dengan mempersoalkan sama ada semua peruntukan tersebut sampai kepada golongan yang memerlukan.


"Rakyat menghadapi masalah kemiskinan, kesihatan, keperluan, pendidikan. Semua itu harus diutamakan.


"Jadi kita nak tahu siapa yang dapat bantuan sebab selalu bila dibantu, korporat yang dibantu dulu dan apa yang kita lihat lebih menjurus kepada kelompok yang maha kaya.


"Kalau pendekatan sebegini, pengangguran mungkin bertambah kepada 1 juta pada tahun depan.


"Orang hilang pekerjaan dan soal miskin bukan sahaja di desa tetapi juga miskin bandar. Kita sedang menghadapi masalah lebih besar," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page