top of page

Perpustakaan Digital Madani mampu meransang percambahan pemikiran



Dalam era digitalisasi, perpustakaan turut mengalami perubahan daripada susunan buku di atas rak kepada pengkalan data di alam maya.


Menyedari perubahan zaman, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama syarikat MRCB memperkenalkan perpustakaan berkonsepkan digital di Cheras.


Bagi Ahli Parlimen Bandar Tun razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, perpustakaan digital yang pertama di Kuala Lumpur itu, Pustaka KL Digital Madani @ Bandar Sri Permaisuri dan terletak dalam kawasan parlimennya merupakan satu anugerah besar kepada penduduk di kawasan tersebut.


Menurut Dr Wan Azizah, ilmu dalam bentuk apa sekali pun perlu dituntut dan dipelajari untuk mencerahkan minda generasi hari ini dan masa hadapan.


"Zaman berubah dan kita masuk ke perkembangan teknologi. Dulu kita ada telefon, kemudian car phone, sekarang smart phone dan sekarang ada di jam tangan (peranti telefon).


"Kita dapat dunia tanpa sempadan. Namun ada yang baik, ada yang buruk. Ini kita kena tahu dan bagaimana kita nak tapis.


"Saya nak kongsi betapa pentingnya ilmu. Satu hari saya tengok wayang cerita Kung Fu Tze, dia mempunyai tulisan (buku falsafah). Satu waktu dia menjelajah seluruh negeri China. Dia melintasi satu tasik dan (perahu) tenggelam. Habis bukunya tenggelam. Namun anaknya menyelam untuk menyelamatkan bukunya kerana pentingnya ilmu, apa yang Kung Fu Tze tulis.


"Perpustakaan hari ini berubah dan dalam kerangka Malaysia Madani (bergerak ke arah digital)," katanya dalam ucapan perasmian Pustaka KL Digital Madani @ Bandar Sri Permaisuri pagi tadi.


Oleh itu, Dr Wan Azizah menyeru agar masyarakat setempat menggunakan kemudahan perpustakaan tersebut dengan sebaik mungkin.


Beliau dalam ucapan itu turut memuji konglomerat MRCB kerana melaksanakan tanggungjawab korporat dengan menyediakan tempat menimba ilmu kepada penduduk di Cheras, dan berharap syarikat korporat lain akan menyumbang untuk mewujudkan perpustakaan di dua lagi parlimen di Wilayah Persekutuan yang belum ada kemudahan seperti itu.


"MRCB melalui tanggungjawab sosial ini suatu yang terpuji. Tahniah diucapkan kepada MRCB semoga usaha ini akan menjadi contoh kepada syarikat korporat lain kerana impak jangka panjang cukup hebat, bukan sahaja kepada penduduk Bandar Sri Permaisuri tetapi berjuta rakyat Malaysia


"Besar harapan saya agar syarikat lain dapat mencontohi MRCB untuk membantu DBKL melengkapkan perpustakaan di 2 parlimen tersebut (yang belum mempunyai perpustakaan)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page