top of page

Perniagaan karbon kredit Kelantan gagal sama sekali?



Pada Januari 2017 lalu kerajaan Pas Kelantan berbangga menjadi negeri pertama di Malaysia yang akan menjalankan perniagaan karbon kredit ke atas hutan simpan di negeri itu.


Bagaimanapun urusniaga tersebut kemudian diselimuti pelbagai kontroversi daripada dakwaan Syarikat Climate Protector (Ecobit) yang akan menjalankannya disenarai hitam Bank Negara Malaysia sehinggalah laporan tiada projek UN-REDD atau UNFCC yang meluluskan projek REDD+ di Malaysia. Akibatnya projek tersebut terhenti pada 2018 sehingga ke hari ini.


Sehubungan itu, dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat pagi tadi Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar (PH- Permatang Pauh), membangkitkan isu perdagangan karbon Kelantan kepada Menteri alam sekitar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


"Kita semestinya menyokong sepenuhnya dari segi perdagangan karbon dan pelan lestari.


"Persoalan saya pada tahun 2017 Malaysia telah mencatatkan pendaftaran syarikat keredit karbon pertama, namanya Climate Change Protector yang telah mengadakan perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan di bawah inisiatif REDDPBB bagi memastikan 396,000 hektar hutan diperlihara.


"Mohon pencerahan kejayaan atau kelemahan projek ini atau apa yang dapat kita lakukan untuk memastikan kelestarian perdagangan karbon," kata Nurul.


Dalam jawapannya, Tuan Ibrahim menjelaskan perdagangan karbon Kelantan telah terhenti disebabkan beberapa perkara. Di antaranya, kata beliau, tiada mekanisme atau sistem di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk aktiviti seumpama itu dan kerajaan perlu membangunkan terlebih dahulu sistem supaya mana-mana pihak yang mahu menjual karbon mesti melalui kementerian.


Dengan jawapan itu, bermakna kritikan pemimpin Amanah sebelum ini terhadap perniagaan karbon kredit Kelantan yang tidak melalui Kerajaan Persekutuan dan mustahil menjadi kenyataan adalah benar, biar pun Kerajaan Negeri ketika itu berkata sebaliknya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page