top of page

Perluaskan fungsi koperasi - Amin Ahmad

Updated: Nov 5, 2020



Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad meminta kerajaan supaya menjelaskan perancangan untuk memastikan sektor koperasi kekal relevan dengan perkembangan ekonomi semasa melibatkan bidang perniagaan.


Beliau berkata koperasi mempunyai potensi yang besar namun tidak diperluaskan seperti sektor-sektor lain yang jauh lebih maju ke hadapan.


Malah, beliau menganggap sektor koperasi tidak seharusnya bergantung kepada kerajaan semata-mata.


"Koperasi ada berhasrat untuk terlibat dalam sebut harga dan tender kerajaan.


"Saya bimbang kalau koperasi bercita-cita untuk masuk sebut harga dan tender kerajaan, ia akan terdedah kepada monopsony lebih besar iaitu bergantung kepada satu pembeli iaitu kerajaan," katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020.


Amin juga berpandangan sektor koperasi tidak seharusnya fokus kepada menubuhkan koperasi kewangan dan kredit sahaja, kerana koperasi juga boleh berfungsi dalam bidang lain.


"Banyak lagi fungsi koperasi boleh digunakan seperti perladangan, perkhidmatan, pengguna, pengangkutan, perindustrian dan pembinaan namun ia masih kecil berbanding dengan koperasi kewangan dan kredit.


"Dalam rekod, 87 peratus sumbangan sektor koperasi datang dari dua koperasi kewangan, jadi itu bermaksud koperasi lain berada di peringkat kecil dan tidak cukup berkembang," katanya.


Pada masa sama, Amin meminta kerajaan untuk meneliti sama ada koperasi boleh mengurangkan harga rumah seperti yang dikatakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


"Fungsi koperasi boleh kurangkan harga rumah dalam 20 ke 30 peratus, dan ini dinyatakan oleh SKM.


"Jadi saya harap pihak kementerian dapat berunding dan boleh lihat bagaimana koperasi boleh menawarkan rumah yang murah berbanding harga pasaran lain.


"Sebab kita banyak kali cakap isu perumahan untuk kurangkan harga rumah, kalau koperasi boleh laksanakan kenapa tidak kita mengembangkan kemampuan ini dalam kementerian lain," katanya.


Amin juga menekankan aspek kawal selia koperasi serta menggesa kerajaan untuk menangani isu koperasi yang tidak aktif.


"Koperasi yang terlibat dalam bidang perniagaan misalnya, adakah kebajikan pekerja ini termasuk dalam akta pekerjaan, adakah ada caruman, percukaian, perkara ini perlu dilihat.


"Lagi satu berkenaan aset dan saham koperasi yang tidak aktif. Kalau ikut rekod jumlahnya. banyak juga.


"Jadi bagaimana ia boleh diaktifkan atau sekurang-kurangnya kita pindahkan dan jadikan ia pelaburan kepada koperasi lain yang aktif supaya aset ini tidaklah jadi kapital mati," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page