Perkenan Agong isu teknikal: Ulasan PN biadap - Anwar


Isu memansuhkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong bukanlah isu teknikal sebagaimana alasan yang dikemukakan oleh menteri kabinet pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya rakyat membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, amat jelas Yang di-Pertuan Agong mahukan proses mengungkai Darurat dilakukan secara berperlembagaan iaitu dibahas serta diundi di Parlimen. Bukannya diputuskan oleh kabinet PM Mahiaddin sebagaimana yang berlaku.


"Seri Paduka Baginda terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi mengelak kekeliruan terus berlaku. Apa yang disebut dalam kenyataan itu (sebagai percubaan Menteri PN) mengelirukan Parlimen. Istilah, hal yang belum diperkenan tetapi disebut selesai.


"Kemudian nasihat khusus Baginda Agong diketepikan. Nasihat itu untuk menghormati Perlembagaan dengan merujuk (Ordinan Darurat) kepada Parlimen. Itu diketepikan. Yang disebut jelas sebagai membelakangi Perlembagaan.


"Yang di-Pertuan Agong, ketua utama negara Malaysia menyatakan kerajaan pimpinan Mahiaddin membelakangi Perlembagaan dan kedudukan Agong.


"Apa ulasan pemimpin politik? Ini hal teknikal. Bukankah ini biadap? Seumpama ketua kampung bagi pandangan, kita ulas. Ini ketua utama negara berikan saranan. Ulasan kita, ini masalah teknikal.


"Sama ada dia (Menteri) jahil tentang perundangan dan tidak menghormati institusi Agong atau biadap sama sekali. Inilah keadaannya," kata Anwar dalam siaran media, malam tadi.


Tegas beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) begitu takut untuk mengadakan pengundian di Parlimen kerana tidak mempunyai cukup sokongan.


Oleh itu, katanya pelbagai cara dilakukan untuk melengah-lengahkan sesi Dewan Rakyat. Termasuk apa yang berlaku pada petang Khamis apabila dewan ditangguhkan sebanyak 4 kali.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu terkejut dengan sikap Mahiaddin lewat kenyataan media membalas kenyataan Istana Negara yang kelihatan biadap seolah-olah PM tidak mempunyai pengalaman mentadbir, walhal beliau telah puluhan tahun menjadi menteri.


"Kalau kita rujuk jawapan PM, saya kenal dia, dia pernah jadi Menteri Besar. Tetapi jawapannya sombong. Surat itu bukan surat biasa. Surat itu nadanya biadap.


"Kita kalau menulis kepada Agong, kepada institusi, (jangan) kenyataan itu (bila dibaca) macam surat biasa yang kurang adab, tidak faham budaya Melayu dan tidak menghormati Perlembagaan.


"Jangan sebut kuasa kami (kerajaan) Perkara 40 (1), nasihat (kerajaan) mesti diterima.


"Mesti ikut proses. Raja bukan rubber stamp. Tak ada ruang nak bercakap, bagi pandangan. Ketepikan Parlimen, ketepikan majoriti. Tanggungjawab raja untuk menjadi payung negara. Sebab itu prinsip Rukun Negara disentuh Yang di-Pertuan Agong.


"Almarhum Sultan Azlan Shah selalu memperingatkan supaya jangan dianggap undang-undang ini pentadbiran dan pemerintahan manusia (semata-mata) tetapi mesti tunduk kepada hukum dan undang-undang.


"Bukan ruang untuk seseorang menjadi diktator, bila ditegur, ini soal teknikal. Jahil dan tidak menghormati institusi," bidasnya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER