top of page

Perjanjian air M'sia - S'pura perlu disegera tingkat pengeluaran air Johor



Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia dan Singapura perlu bekerjasama untuk meningkatkan pengeluaran kapasiti air Sungai Johor bagi memastikan bekalan air ke Singapura terus terjamin.


Menerusi kenyataan media bersama, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Anwar Ibrahim, kedua duanya mahu Malaysia mengekalkan komitmen untuk terus menjadi pembekal utama air kepada negara jiran itu.


"Kita perlu bekerjasama untuk memastikan Johor dapat meningkatkan kapasitinya untuk menyediakan air yang mencukupi untuk keperluan Johor yang semakin meningkat dan juga Singapura," katanya sempena Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 hari ini.


Untuk rekod, PM ketujuh Tun Dr Mahathir Mohammad pernah menyuarakan hasrat untuk mengkaji semula harga air yang dibekalkan kepada Singapura.


Hal ini menurutnya, negara kepulauan itu hanya membeli air mentah dari selatan tanah air pada harga 3 sen per 1,000 gelen.


Sebaliknya republik itu menjual semula air terawat pada harga 50 sen per 1,000 gelen kepada Johor.


Oleh itu, PM Anwar meminta isu perjanjian air Malaysia - Singapura diselesaikan segera bagi membolehkan kadar harga bekalan air ke republik tersebut dapat ditingkatkan, sekali gus menampung kos penyelenggaraan punca bekalan air Johor.


Sementara itu, menyentuh soal konflik Palestin-Israel, PM menyuarakan kesepakatan Malaysia-Singapura untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.


Jelas Anwar, biarpun kedua negara terbabit mempunyai pandangan yang berbeza mengenai konflik berdarah itu namun Malaysia dan Singapura senada dalam isu kemanusiaan.


"Buat masa ini saya pendirian secara bersama (persetujuan bantuan kemanusiaan) adalah penting (di antara Malaysia-Singapura)," katanya.


PM Anwar berada di Singapura hari ini untuk menghadiri program permukiman pimpinan Malaysia - Singapura bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan ekonomi dan pentadbiran secara lebih terperinci dengan pendekatan negara berjiran dan bersahabat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page