top of page

Peranan Teraju distruktur semula tingkat perusahaan Bumiputra



Kerajaan bakal menstruktur semula peranan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dengan menumpukan kepada usaha meningkatkan skala perusahaan bumiputera yang berdaya saing, termasuk meningkat daripada perusahaan kecil kepada sederhana.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, langkah itu bagi memastikan agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang dibertanggungjawab membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera tidak bertindih fungsi dengan agensi kerajaan yang lain.


Ia juga sebahagian daripada persediaan untuk dasar baharu mengenai Bumiputera yang akan dibentangkan di Kongres Ekonomi Bumiputera tahun hadapan.


"Kita sekarang sedang melalui proses untuk menetapkan dan menyelaraskan kembali fungsi Teraju dalam keseluruhan ekosistem pemerkasaan ekonomi Bumiputera.


"Sebabnya kita ada banyak (agensi yang membantu perniagaan Bumiputera), ada Majlis Amanah Rakyat, SME Corporation Malaysia, jadi kita nak pastikan supaya Teraju itu betul-betul fokus dan tidak ada pertindihan dengan agensi kerajaan yang lain," katanya.


Rafizi berkata begitu kepada pemberita ketika di temui di Hari SUPERB Networking, di Cyberjaya pada Khamis.


Beliau sementara itu berkata, kementerianya sedang berkerjasama dengan Teraju untuk mengadakan program khusus untuk membina kepakaran supaya syarikat Bumiputera dapat diskalakan


"Kita berharap Teraju dapat memainkan peranan utama dengan memberi tumpuan menskalakan perusahaan Bumiputera sebab antara masalah utama dalam ekonomi kita ada banyak syarikat tapi di peringkat itu sahaja, untuk meningkat daripada saiz mikro atau kecil ke sederhana pun payah," tambahnya.




0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page