Penyertaan UPKO memperkuat gerak kerja PH di Sabah



Penyertaan UPKO ke dalam Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini diharap akan memperkuat daya juang gerakan pembangkang di Sabah menuju Pilihan Raya Umum ke 15.


Bagi Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, UPKO yang mempunyai teras sokongan kaum-kaum di Sabah diharap akan menambah kekuatan perjuangan menentang kerajaan PN-BN yang mengamalkan diskriminasi serta tidak menunaikan hak-hak rakyat pribumi Sabah.


"PH dan cita-citanya jelas dan diketahui, merangkul kekuatan baharu, memperkuat (kerjasama dalam pembangkang). Apatah lagi UPKO diketahui mewakili sosok suku kaum di Sabah. Sekurang-kurangnya dapat memperkuat PH mewakili seluruh rakyat


"Dalam konteks UPKO, saya rasa ada keresahan rakan-rakan di Sabah dari segi pembahagian kekayaan menurut wilayah. Ini harus diperbetulkan dalam gagasan PH.


"Penyertaan UPKO ini akan membantu, walaupun tahu KEADILAN, DAP dan Amanah ada di Sabah dan Sarawak, tetapi (dengan penyertaaan itu) mendapat semangat baru untuk lebih peka terhadap aspirasi rakan-rakan," katanya dalam forum maya sempena penyertaan UPKO ke dalam PH bertajuk: "Kebersamaan UPKO Malaysia Dalam Perjuangan", semalam.


Tegas Anwar, PH akan terus menggerakkan perjuangan mewujudkan urustadbir yang baik dan tidak mendiskriminasi sama ada Semenanjung mahu pun Malaysia Timur.


Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam menjawab soalan moderator mengenai perpaduan negara dan taraf Sabah sebagai rakan kongsi sama rata dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Sebelum ini PH amat menitik beratkan perlunya kita ambil perhatian dan menyelesaikan masalah atau perkara penting untuk rakyat Sabah.


"Sabah perlu dilihat sebagai satu wilayah yang sama dengan Semenanjung, iaitu dengan meminda Perkara 2 dalam Perlembagaan Persekutuan supaya setara dan setaraf dengan Semenanjung


"Dengan penyertaan UPKO akan menunjukkan komitmen kita kepada rakyat Sabah. Di samping itu kita mengharapkan dengan khemah besar yang dipelopori PH akan dapat menarik lebih banyak parti pembangkang di seluruh Malaysia terutama Sabah dan Sarawak supaya dapat bersama-sama," katanya.


Manakala Presiden Amanah, Mohamad Sabu pula yang bicara soal keselematan, berharap PH kembali berkuasa agar beliau dapat menyempurnakan hasil kertas putih di Kementerian Pertahanan yang mengutamakan soal keselamatan sempadan negara, khususnya di Sabah, yang terlibat dengan pelarian konflik di Filipina serta penyeludupan dan aktiviti pengganas.


"Sabah berada di kawasan yang berlaku pergolakan di negara jiran. Memang untuk menjaga keselamatan di perairan kita mengadakan pelbagai perjanjian antara Filipina, Indonesia dan Malaysia


"Sudut kerjasama itu perlu dipertingkatkan, terutama peralatan untuk mengawal sempadan. Saya pernah membuat lawatan di negara Timur Tengah dan bertanya berapa bot laju untuk mengawal Teluk Parsi? Dia kata ada 1,000 itu pun tak cukup. Saya senyum sahaja, saya tak mahu beritahu kita ada berapa kita ada di Sabah.


"Kita juga dalam kertas putih untuk merancang sistem pertahanan yang lebih komprehensif (melibatkan Sabah). Tidak tahu kerajaan baru mereka lihat atau tidak, yang ditekankan kerjasama Malaysia, Indonesia dan Filipina, terutama di perairan Sabah yang amat penting dalam meningkatkan soal keselamatan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER