Penyelesaian kes 1MDB meragukan: Malaysia bakal hadapi satu lagi skandal kewangan?



Penutupan Parimen dan pemerintahan darurat menyukarkan 'semak dan imbang' berlaku dalam sistem kewangan negara


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kekhuatiran akan perkembangan terbaharu di mana seorang pegawai bank yang terlibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dilantik sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad di bawah Kementerian Kewangan.


Hal itu, kata Anwar, akan membawa kepada ketidakyakinan pasaran kepada sistem kewangan dan kemungkinan akan berlaku satu lagi skandal kewangan pada masa hadapan.


"Baru-baru ini, seorang pegawai bank yang terlibat dalam skandal 1MDB dilantik sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan. Pegawai bank yang sama itu juga sedang berusaha memperoleh saham yang besar dalam pelaksanaan penggalangan dana di AmBank melalui syarikat ekuiti swasta di Singapura.


"AmBank telah membayar sejumlah RM2.3 bilion untuk penyelesaian terkait keterlibatan institusi bank itu dalam kes 1MDB lebih kurang enam minggu yang lalu.


"Sehingga hari ini, rakyat masih belum tahu tentang salahlaku AmBank dalam kes 1MDB. Masa dan keterlibatan pihak tersebut dalam pelaksanaan penggalangan dana di AmBank saat ini amat diragui, terutamanya dalam aspek tetakelola dan ketelusan.


"Kita juga mahu tahu apakah Bank Negara Malaysia (BNM) telah melakukan penelitian yang munasabah bagi memastikan transaksi ini mengikut piawaian yang beretika dan cemerlang," kata Anwar dalam satu kenyataan.


Ahli Parlimen Port Dickson itu memberi amaran sebarang salah laku yang disembunyikan akan menyebabkan ketidakyakinan kepada sistem kewangan negara, dan kesan besarnya kepada pengurangan kemasukan pelabur luar menanam modal di Malaysia.


"Saya bimbang dengan tidak adanya langkah proaktif dari pihak pemerintah memastikan wujudnya keyakinan terhadap sistem kewangan.


"Malangnya, reputasi serta keupayaan Malaysia akan terus diragui oleh para pelabur serta institusi kewangan dalam dan luar negara kesan dari skandal 1MDB. Ini akan terus memberi dampak buruk pada ekonomi kita yang telah tersedia parah kerana sikap dan kelakuan kerajaan PN.


"(Misalnya) sehingga sekarang, BNM masih belum memberi sebarang penjelasan terkait isu bayaran yang dibuat Jho Low kepada ahli keluarga mantan Gabenor Bank Negara," katanya lagi.


Menurut Anwar, dengan perkembangan terbaharu ini, para pemerhati ekonomi membayangkan apakah Malaysia akan sekali lagi melahirkan skandal kewangan terbesar berdasarkan fakta-fakta serta sikap Kementerian Kewangan dan BNM.


Tanpa fungsi dan peranan Parlimen, katanya, amat sukar untuk mewujudkan imbangan serta penelitian yang berkesan terkait hal berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER