top of page

Penyambungan semula hubungan Arab Saudi - Qatar perkembangan positif



Berakhirnya sekatan diplomatik Arab Saudi ke atas Qatar yang berlangsung sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan sesuatu yang positif bagi negara-negara Arab di rantau Teluk.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat, penyambungan semula hubungan diplomatik itu bakal mengukuhkan kerjasama politik dan ekonomi dalam kalangan negara-negara Arab yang sebelum ini renggang akibat sengketa di antara kedua-dua negara yang berseteru.


"Penyambungan semula hubungan diplomatik Qatar dan Arab Saudi adalah perkembangan positif.


"Oleh kerana pandemik (Covid 19) masih berleluasa di sana, ada keperluan mendesak bagi negara-negara (rantau Teluk) untuk mengetepikan perbezaan dan kembali kepada persahabatan serta kerjasama untuk mengatasi cabaran sewaktu pandemik dan pasca-pandemik yang dihadapi dunia," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Anwar lagi, satu rangka kerjasama baharu boleh terhasil dengan perdamaian tersebut yang akan menyatukan kembali negara-negara Arab di dalam kumpulan kerjasama Teluk.


"Pendamaian kedua-dua negara Islam penting ini mencerminkan semangat bermaafan dan persaudaraan yang dapat mendorong permulaan baru bagi rantau itu.


"Untuk itu saya mendorong negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk bergerak menuju penyelesaian yang komprehensif dan berkekalan untuk memungkinkan perdagangan dan pelaburan serantau serta kerjasama yang lebih besar dalam isu-isu politik dan diplomatik," katanya lagi.


Krisis negara-negara di Teluk Parsi bermula pada 2017 apabila Arab Saudi menuduh jirannya Qatar menyokong keganasan dan campur tangan dalam urusan dalaman negara itu.


Arab Saudi dan sekutunya, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir mengenakan sekatan darat, laut dan udara terhadap Qatar.


Manakala Qatar yang menafikan tuduhan menyokong keganasan dibantu oleh Turki dalam aspek perdagangan dan ketenteraan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page