top of page

Pengusiran petani di Changkat Kinding: Akan usahakan penyelesaian terbaik - Arafat



Pengusiran petani di Changkat Kinding, Chemor, Perak oleh sebuah syarikat yang telah diberi hak milik tanah oleh kerajaan sejak 4 tahun lalu akan ditangani dengan sebaik baiknya.


Menurut ADUN Hulu Kinta, Mohamad Arafat, isu pemilikan tanah dan konflik dengan petani berkenaan telah berlarutan lebih 3 tahun lalu dan telah melalui beberapa fasa.


Katanya, beliau telah menyelesaikan isu fasa 1 dan kini berjalan fasa 2.

Mohamad Arafat

Jelasnya, sebelum ini penduduk telah pun dijanjikan sejumlah pampasan tetapi mereka menuntut jumlah yang lebih tinggi memandangkan kerugian tanaman dan tempoh mengusahakan tanah yang telah berdekad dekad lama.


"Sebelum ini fasa 1 saya sudah selesaikan isu kedua pihak.


"Memang ketua kampung ada datang bincang perkara ini. Selaku wakil rakyat saya akan adakan pertemuan untuk perbincangan dengan kedua belah pihak, syarikat, penghuni dan ketua kampung.


"Kita akan usahakan bagaimana cara penyelesaian terbaik dalam isu ini," katanya ketika dihubungi.


Tambah Arafat, ketika kerajaan Pakatan Harapan memerintah dahulu pun isu itu telah beliau bangkitkan dan memperolehi penyelesaian yang memuaskan hati kedua belah pihak.


Isu pengusiran petani di Changkat Kinding timbul semula semalam apabila Parti Sosialis Malaysia membawa wakil petani bertemu syarikat pemilik tanah memberi cadangan pajakan tanah berkenaan untuk tempoh 10 tahun.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page