Pendidikan tidak perlu tumpukan peperiksaan, gunakan data raya dan AI



Pelan pendidikan baharu yang cuba dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya menjadikan Malaysia sebaris negara maju dalam transformasi sistem pendidikan.


Menurut mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik, penghapusan peperiksaan sehingga darjah 3 yang beliau lakukan pada 2019 dan keupayaan murid diukur berdasarkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah permulaan kepada transformasi berkenaan sekiranya kerajaan PH tidak ditumbangkan pada Februari 2020.


"Kalau kita lihat di negara maju mereka melihat peringkat pembentukan awal murid di sekolah rendah perlu diisi dengan sikap, nilai dan kemahiran berfikir yang betul


"Ini akan memberikan momentum untuk mereka tahu cara belajar yang ideal. Pelbagai sudut literasi dan numerasi juga perlu ada. Persoalannya apakah kaedah untuk kita menilai pencapaian anak-anak?


"Bagi saya, kaedah penilaian perlu menyeluruh, peperiksaan hanya satu juzuk. Itu timbulnya PBD, penilaian berasaskan murid. Pelaporan berkaitan perkembangan anak-anak, aktiviti mereka untuk membentuk sikap dan ini yang diperlukan untuk menghadapi masa depan dengan Kecerdasan Buatan (AI) dan sebagainya.


"Kita lihat bagaimana di negara China contohnya. Kalau dulu untuk mohon pekerjaan bergantung kepada peperiksaan, penguasaan bahasa. Sekarang permohonan kerja di sana diletakkan kemahiran untuk melakukan kerja berkumpulan, kemahiran skil menyelesaikan masalah. Jadi mereka meletakkan skil sebagai tuntutan," katanya kepada Suara Keadilan.


Maszlee memetik ungkapan pengasas portal perniagaan dalam talian China, Jack Ma yang menyebut pendidikan ideal untuk masa hadapan bergantung kepada skil berfikir yang betul, menyelesaikan masalah, skil bekerja dengan orang lain, skil kepimpinan dan paling penting skil kemanusiaan.


"Ini juga kaedah digunakan di Finland, di Singapura.


"Singapura lebih berani. Kita hapuskan peperiksaan sampai darjah tiga, mereka sampai darjah 6. Finland sehingga umur 14 tahun.


"Tetapi bila tiada peperiksaan bukan nak suruh budak main-main. Murid akan menjalani pembelajaran dalam bentuk skil-skil diperlukan. Cikgu turut perlu bimbingan. Sebab bila tak ada peperiksaan dia ingat tak perlu mengajar. Itu pendapat salah.


"Mereka perlu bimbingan bagaimana skil dibina oleh anak murid dan bagaimana penilaian pencapaian anak murid. Itu memang di zaman saya (PBD) datang sekali dengan pendidikan untuk guru-guru dan pendedahan lain. Tetapi kita tak sempat nak buat banyak lagi," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, amat perlu sistem pendidikan Malaysia disesuaikan dengan kaedah berasaskan data raya (big data) dan Deep Analytics serta AI.


Katanya, Kementerian Pendidikan telah mengusahakan hal tersebut pada tahun 2019 dengan menubuhkan Jawatankuasa Dataraya. Menurut beliau jawatankuasa itu cuba menghimpunkan data murid-murid dari darjah satu hingga tingkatan lima.


"Data itu dibantu oleh deep analytics dan AI untuk menilai bila murid masuk sekolah menengah ke mana kecenderungan dia. Bila dia masuk menengah apa yang patut diambil.


"Sekarang bila keputusan baik masuk sains, kurang baik masuk sastera. Tetapi adakah itu tepat? Kadang kala dia ambil sains tetapi dia minat benda lain, minat fotografi, boleh jadi photographer yang hebat.


"Mungkin dapat keputusan tak elok waktu tingkatan 3, bila tingkatan 4 ambil sastera. Walhal dia ada kemampuan dari segi coding dan sebagainya.


"Cara pemilihan kita tidak berasaskan kepada data dan sains, banyak potensi anak kita terbiar begitu sahaja," katanya.


Tambah beliau, konsep berasaskan dataraya tersebut telah direncanakan untuk dikembangkang ke peringkat universiti bagi membina eko sistem pendidikan lebih berintegriti, lebih berdaya saing juga diusahakan untuk program TVET bagi merealisasikan pendidikan yang selari dengan kehendak pihak industri.


Malangnya, kata beliau, kerajaan PH tidak lagi berkuasa dan penggantinya di Kementerian Pendidikan tidak berminat untuk meneruskan pembaharuan berkenaan bagi menjadikan Malaysia negara kelas pertama dalam pendidikan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER