top of page

Pemimpin Bersatu 'silap haribulan' tiada kerusi dalam PRU 15 - Ismail Yusop


Parti Bersatu mungkin masih kelihatan gah selepas dikhianati Umno sehingga tergulingnya Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin baru-baru ini.


PM baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula memberi muka kepada beberapa pemimpin daripada parti itu sebagai menteri kanan dalam kabinet beliau.


Namun menurut Senator Datuk Ismail Yusop, ahli Bersatu harus sedar perancangan licik Umno selepas ini adalah untuk melemah atau melumpuhkan Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Katanya, hal itu boleh dilihat dengan satu demi satu negeri yang dipimpin Bersatu diambil alih oleh Umno sejak 2020, sehingga jawatan PM pun diambilalih.


"Bersatu ini tak ada orang kenal tiba-tiba muncul sebelum PRU 14 (kerana bekerjasama dengan Pakatan Harapan). Lepas PRU, Perak dapat Menteri Besar (MB) Bersatu, Kedah dapat MB Bersatu, Johor pun Bersatu.


"PM Malaysia dari Bersatu. Kemudian dia pening lalat lalu bersekongkol dengan Langkah Sheraton. Dia bersekongkol dengan pengkhianat dan kawan dengan orang yang berkhianat dalam parti.


"Apa jadi lepas itu? Kedah yang dulunya MB Bersatu bertukar MB Pas, Johor dari Bersatu dapat ke Umno, Melaka dapat ke Umno.


"Kemudian MB Perak digulingkan ganti dengan Umno. Pada 2021 Umno dengan silat pulutnya, 15 Ahli Parlimen tarik sokongan. Jatuh PM Bersatu.


"Sekarang negeri semua MB Umno hingga PM pun Umno," katanya dalam forum maya, Warung Politik Cili Api - Sembang Politik Semasa: 'Sup Tulang 69', yang disiarkan di Facebook, semalam.


Justeru, Ismail mengingatkan kepada pemimpin Bersatu yang sebahagiannya besarnya datang dari Umno agar beringat sementara masih ada kuasa.


Strategi terakhir Umno, kata Ismail, pasti tiba sebelum PRU 15 apabila parti itu sama ada akan bertembung melawan Bersatu atau merampas kerusi Bersatu jika Umno bergabung dengan Perikatan Nasional, kerana Bersatu dan Umno bertanding di kawasan yang sama.


"Ada seorang anak muda pemimpin Bersatu, dia kata ahli Bersatu kena sedar apa yang dibuat oleh pemimpin mereka ini ialah satu pengorbanan.


"Mereka tak tau pemimpin mereka dah jual Bersatu.


"Saya sebut hal ini khususnya ahli Umno yang lompat masuk Bersatu sedar-sedarlah. Kalau tak kena gaya PRU akan datang tidak ada tempat (kerusi) nak bertanding.


"Mereka sekarang (hakikatnya) telah berada di bawah telunjuk Umno," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page