top of page

Pemilihan KEADILAN 2022: Tiada undi hilang, ramai tidak mengundi di peringkat pusat



Perbezaan besar antara jumlah undi yang diterima oleh calon Timbalan Presiden KEADILAN dan jumlah pengundi keseluruhan tidak mencerminkan wujudnya 'undi hilang' dalam Pemilihan KEADILAN 2022.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Dr Zaliha Mustapa, bukan semua 147,000 pengundi yang berdaftar di seluruh negara mengundi calon di peringkat pusat. Oleh kerana itu, katanya wujud perbezaan 26,000 undi yang didakwa 'hilang'.


"Dia bukan hilang tapi orang ambil keputusan untuk tidak mengundi di peringkat pusat.


"Ramai pengundi yang ambil keputusan untuk undi di bahagian (cabang) sahaja dan ada kalangan mereka ambil keputusan untuk tidak undi pusat, pun ada macam tu,” katanya dipetik FMT.


Dr Zaliha menjelaskan keraguan yang ditimbulkan oleh calon Naib Presiden KEADILAN, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang mendakwa berlaku kehilangan undi kerana sekiranya dicampurkan undi diperolehi Rafizi Ramli sebanyak 68,992 undi dan Saifuddin Nasution Ismail yang mendapat 50,038 undi, jumlahnya hanya 119,030 undi.


Farhash bertanya ke manakah perginya 27,970 undi kerana jika dihitung undi rosak sekali pun masih terdapat kehilangan 26,000 undi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page