top of page

Pekerja pemangkin produktiviti Malaysia Madani - Abdullah Sani



Pekerja di negara ini menjadi pemangkin kepada pembangunan negara di bawah agenda Malaysia Madani.


Bagi Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN Malaysia, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, pekerja di negara ini wajar meneruskan usaha memulihkan negara di samping kerajaan pula mempertahankan hak hak mereka yang telah termaktub dalam undang undang.


"Di Malaysia, Hari Pekerja adalah cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja.


"Ini merupakan penghormatan kepada golongan pekerja di negara ini yang telah banyak memberikan komitmen dalam penyertaan kepada peningkatan produktiviti negara.


"Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua pekerja atas usaha dan komitmen yang tinggi dalam memastikan prestasi perkhidmatan dalam landasan yang terbaik," kata Abdullah dalam kenyataan sempena Hari Pekerja pada hari ini.


Pengerusi Tekun Nasional itu juga berharap rakyat bersyukur dengan pekerjaan yang ada dan melakukan yang terbaik untuk meningkatkan penghasilan serta produktiviti.


"Walau apa pun pekerjaan kita, syukurlah kerana masih ada punca rezeki dan kudrat untuk mengerjakannya serta menjadi pemangkin kepada wadah Malaysia Madani.


"Siapa sahaja anda, di mana jua anda berada walau apa jua pekerjaan anda, segala jasa anda kami hargai," katanya.


Dalam kenyataan itu juga Abdullah mengingatkan mengenai sejarah Hari Pekerja atau lazimnya dipanggil Hari Buruh yang disambut seluruh dunia pada 1 Mei setiap tahun.


Hari tersebut turut dipanggil sebagai Hari Pekerja Antarabangsa yang merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi kesatuan pekerja.


Mantan Presiden MTUC itu juga mengingatkan bahawa tarikh 1 Mei dipilih kerana memperingati kejayaan pergerakan buruh pada 1886 menerusi tragedi berdarah iaitu Mogok Haymarket di Chicago, Illinois di Amerika Syarikat yang menuntut pembelaan kerana ada pekerja yang dipaksa bekerja sehingga 16 jam sehari serta tidak diberikan cuti.


Oleh yang demikian katanya, semua pekerja wajib diberi cuti yang tidak boleh diganti pada Hari Pekerja.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page