PdPR: Laptop sumbangan kerajaan berkualiti rendah, tiada pelan jangka panjang pembelajaran


Nasib Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih terumbang-ambing tanpa kaedah pembelajaran yang sesuai dan perancangan masa hadapan, di samping dibelit isu kelembapan pengagihan 150,000 unit laptop oleh kerajaan.


Bagi Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Shazni Munir Mohd Ithnin, sesuatu perlu dibuat untuk menetapkan pelan jangka panjang PdPR dalam menyelamatkan pendidikan generasi anak-anak pandemik yang semakin terhuyung-hayang pembelajarannya.


"Bahkan dalam mekanisme semasa yang telah berjalan, kita perlu menilai semula sejauh manakah keberkesanan rancangan program pendidikan seperti Didik TV membantu para pelajar dan guru menjayakan PdPR?


"Daripada aspek jadual dan pengisiannya, apakah benar-benar membantu atau ‘sekadar ada’?" tanya Shazni dalam satu kenyataan.


Ketua Pemuda Amanah itu juga tertanya-tanya apakah yang menyebabkan program bantuan laptop begitu lambat pengagihannya.


Bagi yang telah menerima, katanya, terdapat pula isu peranti yang diberikan kurang berkualiti.


"Sehingga ke hari ini, pemberian 150,000 laptop masih belum selesai sepenuhnya seperti mana yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021.

"Sepatutnya pemberian fasa kedua telahpun lengkap pada Mei 2021. Namun menurut sidang media menteri, agihan fasa kedua masih diteruskan sehingga 12 Jun 2021. Persoalannya, mengapa lembap sangat?


"Lebih menyedihkan apabila pakej di bawah Jaringan Bantuan Prihatin ini, media telah melaporkan rungutan penerima bahawa peranti yang diterima berkualiti rendah sehingga menyukarkan proses PdPR. Menteri tahu atau buat-buat tak tahu?" tanyanya lagi.


Menurut beliau, rakyat Malaysia berhak berasa risau dan marah. Kalau peranti yang diterima pun masih terkait isu kualiti yang menyukarkan PdPR, bagaimana pula nasib hampir 90,000 pelajar yang masih belum menerima apa-apa bantuan?


"Adakah jawapannya, ‘Pandai-pandai sendirilah nak hidup’ atau bagaimana YB Menteri? Kalau isu-isu teknikal kelengkapan dan peranti pun masih bergelut untuk dituntaskan setelah hampir setahun setengah ini, apa sebenarnya yang menteri dan dua timbalan yang dikenali melalui poster itu telah buat sebenarnya?" kata Shazni lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER