top of page

Parlimen Julai: Lanjutkan moratorium pinjaman rakyat



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa mengemukakan usul Rang Undang-undang Morotarium dengan tujuan melanjutkan tempoh penangguhan bayaran pinjaman rakyat yang dijangka berakhir pada September ini.


Menurut Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang perlanjutan itu perlu memandangkan rakyat terutama golongan B40 masih dalam keadaan tidak menentu, sama ada kehilangan pekerjaan atau pun pengurangan bayaran gaji.


Menurut beliau sekiranya perlanjutan dilaksanakan sehingga awal tahun 2021 berkemungkinan lebih banyak sektor ekonomi akan pulih dan mengembalikan tahap pendapatan rakyat sebagaimana sebelum pandemik Covid 19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.


"Bank beri moratorium pinjaman, kereta, rumah dan sebagainya. Namun saya nampak keadaan ekonomi sekarang sangat-sangat menekan. Saya tak nampak apa-apa suntikan dana atau pakej ransangan ekonomi yang (memberi kesan) memberangsangkan. Selepas morotarium tamat ramai rakyat akan terseksa, mereka tidak mampu membayar pinjaman bank.


"Mungkin ramai yang akan ditarik kereta dan sebagainya. Saya rasa kerajaan perlu panjangkan atau beri tempoh yang lebih lama dalam moratorium, terutama kepada rakyat B40. Saya tidak rasa mereka akan beroleh pendapatan yang baik dalam masa singkat (pasca Covid 19).


"Bagi saya, yang utama Rang Undang-undang berkaitan pembayaran pinjaman harus dipinda. Yang lain adalah SOP, penjarakkan sosial dan lain-lain," katanya.


Moratorium diperkenalkan dalam pakej ransangan ekonomi yang diumum pada Mac lalu sebagai langkah tambahan bagi mematuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta Sewa Beli) dan keperluan Syariah.


Bedasarkan pakej ransangan tersebut, moratorium diperkenalkan selama 6 bulan bagi menyerap kesan penutupan semua aktiviti ekonomi apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan secara total.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page