top of page

Parlimen disingkatkan: PM ancam prinsip pengasingan kuasa?


Kuasa besar yang terletak di tangan perdana menteri (PM) Muhyiddin Yassin sehingga boleh mengarahkan Parlimen bersidang hanya beberapa jam mendengar titah Yang Dipertuan Agong dipersoalkan. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, dalam konvesyen prinsip Pengasingan kuasa, tiga badan iaitu Parlimen (legislatif atau perundangan), Kerajaan (Eksekutif) dan Kehakiman (Judiciary) mempunyai bidang kuasa masing-masing yang perlu dihormati dan dijaga serta tidak menceroboh bidang kuasa pihak lain. Namun, soal beliau, mengapakah PM diberi kuasa besar dalam menentukan perjalanan parlimen yang tidak sejajar dengan fungsi utamanya untuk membahaskan undang-undang. Katanya sebagai contoh, PM tidak boleh melakukan sesuka hati mengikut kehendaknya terhadap sistem kehakiman di Malaysia. Ketua Hakim Negara adalah ketua institusi kehakiman. Sebarang pencerobohan pihak Eksekutif terhadap kebebasan Mahkamah dianggap perbuatan menghina mahkamah dan mengundang hukuman jenayah. "Tetapi kenapa dibiarkan di dalam institusi Parlimen suatu kedudukan yang bercanggah di mana Perdana Menteri diberi kedudukan sebagai Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat? Di mana kuasa Speaker Dewan Rakyat? "Betapa mencengkamnya kuasa PM Malaysia. Ini mengancam konvensyen prinsip pengasingan kuasa. Perdana Menteri mengetuai Eksekutif dan mengetuai Kabinet. Menteri-menteri dan timbalan-timbalan yang juga merupakan ahli parlimen frontbenchers adalah terikat dengan PM Muhyiddin di bawah prinsip collective responsibility bagi kabinet. "Menteri-menteri dan timbalan tidak boleh bercanggah pendirian dengan PM di Parlimen. Jika hendak melawan pendirian, mereka terpaksa terlebih dahulu meletakkan jawatan," kata Hassan dalam satu kenyataan. Hassan juga mempersoalkan sokongan Ahli Parlimen ke atas Muhyiddin yang mungkin menjadi sebab sidang disingkatkan kerana khuatir Pembangkang akan melancarkan undi tidak percaya terhadap pentadbiran beliau. "Tidak tahu berapa ramai anggota parlimen yang menyokong Muhyiddin sebagai PM. Cukupkah 112 orang? Adakah 114 orang? Berapa jumlah sebenarnya yang Muhyiddin dari kalangan ahli parlimen di Dewan Rakyat untuk beliau layak dan sah menjadi PM? "Sangat malang jika Malaysia mempunyai seorang PM yang tidak sah taraf kerana terdapat was-was, kekaburan, tidak pasti dan tidak telus yang boleh dihitung. Tempat sebenar untuk mempastikan sokongan ahli parlimen selepas Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin sebagai PM pada 1 Mac lalu ialah di Parlimen.Ujian ini Muhyiddin perlu lalui," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page