Walaupun sesi jawab lisan baru sahaja bermula, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuang masa dan terus memberi desakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam soalan tambahan, Anwar mempersoalkan mengapa pakej ransangan ekonomi tidak dibahaskan di Parlimen, meskipun berpeluang untuk berbuat demikian pada 18 Mei yang lalu.
"Saya minta penjelasan dari perdana menteri, apakah pengumuman sebelum ini tidak memungkinkan penyertaan ahli parlimen berbahas secara terbuka.
"Ini kali pertama pakej ransangan ekonomi yang melibatkan kos tinggi tidak dibentangkan atas alasan COVID-19 dan ia tidak dibahaskan oleh ahli berhormat dan kerajaan membuat kebijakan ekonomi yang besar tetapi tidak membolehkan ahli berhormat berbahas.
"Mengapa dihalang perbahasan mengenai pemulihan ekonomi dan peruntukan besar supaya rakyat dapat mendengar perbahasan kerana tidak semua dikemukakan sampai kepada program yang direncanakan," katanya.
Anwar terus-terusan memberi tekanan kepada Muhyiddin dengan pelbagai soalan namun semuanya berkaitan dengan kegagalan kerajaan membahaskan pakej ekonomi di Parlimen.
"Dalam soal yang sama, yang diumumkan besar, impaknya besar dan jumlahnya besar. Apakah tidak munasabah ahli berhormat turut dengar dan bahas?
"Kenapa kita halang perbahasan mengenai pemulihan ekonomi semerntara pelantikan GLC terus-menerus berlaku. Perdana menteri perlu beri jawapan yang tegas, bila nak dibentangkan, mengapa tidak dibentangkan," katanya.
Muhyiddin bagaimanapun memberikan alasan bahawa rakyat tidak boleh menunggu sidang Parlimen dan mahu bantuan terus sampai kepada mereka.
Alasan tersebut tetap tidak menjawab mengapa tidak ada langsung perbahasan diadakan.
コメント