top of page

Pakej ransangan PENJANA perlu ke Parlimen elak ketirisan, diseleweng - Anwar




Pakej ransangan kali ketiga yang dibentang oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyididn Yassin terus mendapat kritikan.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pakej ransangan yang digelar PENJANA bernilai berbilion ringgit diumumkan beberapa hari lalu itu merupakan suatu belanjawan rasmi dan tidak sewajarnya perkara berkenaan tidak dibentangkan di Parlimen.


Katanya, mungkin terdapat kelemahan dalam pakej tersebut dan Parlimen adalah tempat terbaik untuk memberi cadangan pembaikan sebelum diluluskan.


"Secara ringkas ini suatu belanjawan (pakej RM35 bilion). Malaysia negara demokrasi maka tidak wajar pakej puluhan bilion ringggit tidak dibahaskan di parlimen.


"Kalau ada sikap tawaduk, semua ini perlu dibahaskan. Kalau tidak, rakyat umum dengar, misalnya bantuan pekerja, ini bagus. Tetapi tidak ada orang minta perincian ditambah, dikurang atau lebih penting peringkat perlaksanaan. Juga dari mana sumber didapati?


"Apakah belanja itu ikut peraturan yang sah? Ikut kaedah yang sah supaya tidak ada ketirisan, kecurian atau rompakan di tengah jalan? Apakah sampai ke kumpulan sasaran? Ini semua perlu dibahaskan di Parlimen," katanya dalam sesi siaran langsung Facebook malam tadi.


Menurut Anwar lagi, biar pun beliau bersetuju pemberian bantuan dan kelonggaran dari segi pembatasan sosial supaya rakyat boleh bekerja dan sebagainya, pengagihan dana wajib di bawa ke sidang Dewan Rakyat bagi mengelak berlaku penyelewengan.


Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menemubual beberapa penjaja bagi mendapatkan gambaran sebenar ekonomi bawahan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.


Shahrul Aliff, penjual apam balik dari Taman Medan, Selangor yang ditemuramah berkata beliau tidak mendapat bantuan selain RM800 dari kerajaan pusat.


Begitu juga penjual mainan kanak-kanak Khalid Arsyad, yang tidak berniaga dan hanya mendapat sedikit bantuan kerajaan.


Sehubungan itu, Anwar menasihatkan Ahli Parlimen agar turun melawat kawasan dan melihat sendiri kehidupan rakyat marhaen. Katanya, angka-angka besar yang dibicarakan di peringkat atasan tidak mewakili realiti kehidupan rakyat biasa di bawah.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page