top of page

NGO hak asasi fail saman ke atas PM Muhyiddin, kerajaan, mahu darurat dibatalkan



Sekumpulan NGO hak asasi manusia memfailkan saman kepentingan awam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin dan kerajaan persekutuan berhubung perisytiharan darurat pada 11 Januari lalu.


Menurut jurucakap kumpulan NGO itu, Thomas Fann, mereka mencabar pengisytiharan di bawah Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) dan dan Artikel 150 (8) Perlembagaan Persekutuan kerana dilihat bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.


“Kami bimbang perisytiharan darurat dan Ordinan Darurat telah menyebabkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak dapat memenuhi kewajiban Perlembagaan mereka sebagai tempat perbahasan dan pengundian bagi Ordinan Darurat.


“Kami juga khuatir kesan utama Ordinan Darurat adalah penggantungan Parlimen sedangkan kerajaan, badan kehakiman dan sektor swasta berjalan seperti biasa, dengan terikat dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.


“Kami ingin mahkamah mengisytiharkan sekiranya mereka mempunyai kuasa untuk menyemak sebarang percubaan untuk memintas peruntukan

Perlembagaan yang memerlukan semua undang-undang dibawa ke Parlimen terlebih dahulu,” kata beliau dalam sidang media secara atas talian petang tadi.


Thomas yang juga Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berkata, kumpulan itu mahu mahkamah mengisytiharkan Ordinan Darurat 2021 sebagai tidak berperlembagaan.


Katanya, kehilangan semak dan imbang dalam demokrasi berparlimen akan memusnahkan negara dan mewujudkan kerajaan yang kleptokratik.


“Kami melakukan litigasi ini demi kepentingan umum untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang dan sistem semak imbang serta untuk mendapatkan keputusan badan kehakiman berkenaan isu-isu terkait dengan Ordinan Darurat.


“Atas nama kepentingan awam kami melakukan cabaran kehakiman supaya mahkamah dapat menentukan kuasa keperlembagaan parlimen dan badan kehakiman dalam mempertahankan sistem semak dan imbang negara kita,” katanya.


Saman tersebut difailkan oleh Bersih 2.0, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Center for Independent Journalism (CIJ), Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), Aliran Kesedaran Negara (Aliran) dan Save Rivers.


Mereka diwakili peguam Edmund Bon yang memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page