top of page

Kembali kepada semangat perisytiharan kemerdekaan, demokratik dan saksama



Malaysia perlu kembali kepada idealisme Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang mahu negara menjunjung prinsip demokrasi dan kesaksamaan.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam forum Minda Majlis Profesor Negara petang tadi berkata, sesiapa sahaja yang mahu menyelamatkan negara perlulah memastikan soal perpaduan dan keamanan terus terjamin.


Selain itu, kemerdekaan yang digenggam perlu terus menjanjikan keselesaan sebagaimana disebut presiden pertama Indonesia, Sukarno sebagai jambatan emas dari era pasca kolonial ke era merdeka.


"Kita mengandaikan sebagaimana dijanjikan dalam perisytiharan kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, (melahirkan) negara yang demokratik yang menjamin kesaksamaan, yakni keadilan kepada rakyat. Kesaksamaan (pendapatan) boleh dilakukan sekiranya pertumbuhan ekonomi dipacu secara segar dan lancar.


"Kalau politik itu absah, legitimate dan kuat, kepimpinan bergerak dengan yakin, tidak mundar mandir tidak tentu arah, tanpa haluan maka ada keyakinan bagi pelabur dalam negara dan pelabur luar negara," katanya dalam forum bertajuk: "Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?".


Sebaiknya kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, jika berlaku ketidakyakinan pelabur asing maka ekonomi Malaysia akan tergugat dan kurang disinggahi pelaburan luar.


Gagal untuk menggerakkan ekonomi, menurut Anwar, akan menyebabkan berlakunya kemunduran dan kesenjangan ekonomi yang besar dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan mungkin menimbulkan ketegangan hubungan antara dan sesama kaum.


"Negara dagang seperti Malaysia tidak dapat mengelak daripada bergantung kepada pelaburan asing. Tidak sepenuhnya tetapi sebahagian besar.


"Kalau dilihat tahun 1990an yang saya ikut serta dalam kepimpinan, ketika itu kita bergerak kerana keyakinan. Pelaburan Langsung Asing (FDI) di ASEAN kita tertinggi, nombor satu. Bursa saham bersaing dengan Singapura.


"Tentu Keluaran Negara Kasar masih menjadi kayu pengukur, tidak utama tetapi kayu pengukur. Kalau kita nak nilai kejayaan negara (yang sebenar) ialah mutu pendidikan, keselesaan dan kesaksamaan pendidikan di sekolah bandar yang cemerlang, juga sekolah desa.


"Saya sering bangkitkan soal kaum. Banyak orang tak faham, kata Anwar ini multiracialism. Tidak benar sebab majoriti rakyat Melayu, majoriti yang terpinggir di desa masih Melayu.


"Namun saya rasa penyelesaian bukannya bicara slogan Melayu, yang sering digunakan untuk memanfaatkan golongan kecil elit yang terus kaya raya dan memiskinkan golongan besar yang majoriti," katanya lagi.


Manakala masalah yang berlaku di Malaysia hari ini, tegas Anwar, adalah politik yang menolak permuafakatan, kerajaan yang tidak absah dan akhirnya menggugat sendi-sendi kesejahteraan rakyat.


"Baik kita ambil pendekatan yang realistik. Apakah masalah yang ada sekarang? Masalahnya politik yang tidak absah, legitimate dan stabil.


"Penyelesaiannya ialah politik yang legitimate, kesediaan untuk bermuafakat dengan semua kalangan untuk memperkukuh dan dalam hal ini mesti juga menjejak kenyataan sejarah serta politik negara," katanya.


Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga menyentuh mengenai wabak Covid 19 yang tidak ditangani secara berwibawa oleh pemerintah dengan melibatkan secara menyeluruh perbincangan bersama pakar-pakar di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta tenaga akademi perubatan di universiti-universiti utama negara.


"Cuma masalah adalah pandemik Covid 19, itu harus dikendali dengan cermat, teratur. Kita ada kepakaran di KKM, di universiti. Saya rasa sesuai dimanfatkan kepakaran mereka untuk berbincang dan mengambil kesepakatan. Jika tidak, macam buka sekolah, hari ini buka, dua hari tutup.


"Kerana tidak diteliti, dirancang dengan sikap yang mengambilkira pandangan semua pihak (rakyat akhirnya susah)," katanya lagi.


Forum tersebut dipengerusikan oleh Dr Asri sebagai moderator dengan ahli panel Prof Dr Redzuan Che Ros dan Anwar Ibrahim.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page