top of page

Negara banyak duit adalah mitos kerajaan PN - Amiruddin Hamzah

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jun 9, 2020
  • 1 min read

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebenarnya terpaksa berhutang untuk menampung kesemua pembiayaan pakej rangsangan COVID-19 sekaligus menafikan mitos bahawa negara mempunyai duit yang banyak, kata Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.


Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz dan akan menyebabkan defisit bajet menjadi sekali ganda dari yang telah diluluskan dalam Bajet 2020 sebelum ini.


"Bajet 2020 yang dibentangkan oleh PH tahun lepas akan menyaksikan defisit bajet sebanyak RM51.7 bilion atau 3.2% dari KDNK. Defisit ini akan ditampung melalui hutang awam. Dengan pakej rangsangan pula sebanyak RM60 bilion lagi kerajaan berhutang menjadikan jumlah hutang bagi tahun ini sahaja menjadi RM111.7 bilion atau 6.9% dari KDNK.


"Dengan jumlah hutang sebanyak RM111.7 bilion bagi tahun 2020 dicampur dengan hutang yang masih belum langsai akan menyebabkan hutang awam negara melebihi 55% dari KDNK dan ini memerlukan kelulusan dari parlimen.


"Jelaslah berdasarkan kenyataan Menteri sebenarnya apa yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng sebelum ini adalah benar, negara perlu berhutang jika bajet defisit," katanya dalam kenyataan.


Amiruddin mendakwa, penambahan hutang negara itu jelas membuktikan bahawa kerajaan PN melakukan penipuan terang-terangan untuk mendapatkan sokongan rakyat.


"Sejak PN ambil alih pentadbiran Malaysia, laungan dan teriakan ini selalu berkumandang: "Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng tipu rakyat Malaysia!"


"Dikatakan kerajaan tidak mempunyai duit dan perlu berhutang untuk berbelanja tetapi apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, berbeza pula dakwaannya.


"Rakyat menjangka kerajaan PN tidak perlu meminjam kerana cukup mempunyai dana dan rizab yang besar, tidak seperti PH yang kedekut dan menipu rakyat kata tiada duit. Menteri Kewangan pula merupakan bekas pegawai bank, sudah tentu pandai cari duit dan bijak pula berbelanja," katanya.

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page