top of page

MoU: Kejujuran politik perlu jayakan Belanjawan 2022 - Saifuddin Nasution



Kejujuran politik amat perlu untuk menjayakan memorandum kerjasama (MoU) yang ditandatangani oleh Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kejujuran dan keikhlasan menjadi faktor utama untuk meluluskan cadangan bersama Belanjawan 2022 yang masih dalam fasa rundingan.


"Kata kunci MoU adalah kejujuran. Lebh berat lagi kejujuran politik.


"Kejujuran politik hanya boleh lihat bila diterjemahkan kepada butiran persefahaman. Jujur bermaksud apa yang dipersetujui dan komited melaksanakannya. Baru kita anggap kejujuran berlaku.


"Tetapi jika tak tunjuk komitmen apatah lagi menghalang. Itu jelas tidak ada kejujuran.


"Apakah melalui persefahaman ini kita akses maklumat penting (kerajaan)? Ini sekarang sedang berlaku dalam pembuatan Bajet 2022. MoU bersetuju PH dilibatkan dalam proses pembuatan, memberi syor dan kritikan.


"Jawatankuasa induk PH dalam sesi libat urus, dari KEADILAN diwakili Wong Cheng, Fuziah Salleh dan saya. DAP oleh Tony Pua, Chong dari Sarawak, Amanah diwakili Dr Dzulkefly, Izham dari Selangor dan ustaz Hasanuddin. Ini jawatankuasa libat urus dengan Kementerian Kewangan. Kami dijadualkan ada 3 pusingan (pertemuan lagi)," katanya dalam temubual bersama Lensa Parlimen bertajuk: "Pemulihan Negara: Sejauh Mana Kejujuran Politik?".


Bagaimanapun, menurut Saifuddin, PH tetap mempunyai garis merah yang tidak boleh dikompromi sekiranya pihak kerajaan mahu pesetujuan dan sokongan.


Katanya, tidak bermakna pihak kerajaan menerima usul PH maka sokongan akan diberikan dengan mudah.


"Pusingan awal perundingan, (Menteri Kewangan) Tengku Zafrul telah memberikan pembentangan secara makro, tema belanjwan, prinsip belanjawan, sumber, kekangan dan semua itu telus. Kita kemudiannya membentangkan polisi kita. Kemudian peringkat dasar Kementerian Kewangan beri maklum balas.


"Tapi ada red line, kalau dia bawa pun kita tak setuju. Misalnya, wujud keperluan mengekalkan bajet JKOM, perlu atau tidak platform Penggerak Komuniti (diberi bajet). Itu garis kita nyatakan dengan jelas. Kalau dimasukkan juga apalagi kalau peruntukannya besar, kita jelaskan ini red line kita (akan bantah)," katanya.


Selain itu, tambah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, MoU setakat ini berjalan dengan baik dalam membentuk Jawatankuasa Khas Parlimen yang mana pembangkang menuntut lebih banyak jawatankuasa dipengerusikan oleh mereka berbanding sebelum ini hanya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang diketuai pembangkang.


"Jawatankuasa pilihan khas ada 9, satu lagi PAC yang memang dipengerusikan pembangkang.


"Yang 10 ini komposisinya pengerusinya pihak kerajaan kata 5:3, kita counter balik 5:4," katanya.


Menjawab pertanyaan yang sering diajukan netizen, apakah MoU boleh membawa kepada persepakatan politik yang lebih meluas pra dan pasca Pilihan Raya Umum ke 15, Saifuddin berkata PH bersedia dengan konsep politik terbuka pada masa hadapan.


"Keterbukaan politik itu kalau diterjemahkan maka konsepnya MoU, khemah besar.


"Kalau ini nak dilihat oleh segmen masyarakat akan berlaku kemungkinan (bersama parti kerajaan) kita tidak boleh blame mereka, nak meredakan suhu politik yang panas pun dibolehkan tanggapan itu.


"Jika permulaan kepada satu bentuk kerjasama saya kata, biar masa menentukan. PH mengamalkan pendekatan terbuka dalam menguruskan perbezaan politik," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page