top of page

Momokan 'Islam terancam' sengaja burukkan Kerajaan Perpaduan


Oleh: Helmi Mohd Foad


Cabaran undang undang syariah sengaja dibesar besarkan untuk memburuk burukkan Kerajaan Perpaduan, sedangkan hal itu bermula pada waktu kerajaan PN memerintah.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan merasmikan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023 berkata kes cabaran isu bidang kuasa mahkamah syariah yang dibawa dua orang peguam di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini bukanlah baharu dan tidak melambangkan Islam terancam di Malaysia.


"Berulang kali di mana terancamnya Islam... kerana ada adegan pop di stadium? Saya jawab, masa kamu perintah ada ke tidak ada? Kerana dicabar hukum syariah di Kelantan dan Selangor, saya tanya bila dicabar? Tahun 2021. Siapa PM, mana pemimpin Pas dalam kerajaan mengapa tak ambil tindakan?


"Mei 2022 dicabar di Kelantan tidak ada suara, sekarang seolah-olah kita halang (laksana syariah)," katanya.


Sedangkan jelas Anwar, kes tersebut bukan soal putuskan hukum syariah sebaliknya mahu memutuskan sejauh mana bidang kuasa negeri untuk membuat undang-undang.


"Dalam negara kita ada kuasa Persekutuan, ada kuasa negeri dan ada senarai bersama, jadi biar Mahkamah Persekutuan putuskan," ujarnya.


Hal ini jelas beliau sekiranya semua negeri dibiarkan menggubal undang-undang sesuka hati maka semua negeri boleh berbuat demikian dan bercanggah antara satu sama lain.

"Sekarang (dakwaan) Islam terancam, itu propaganda penunggang agama di negara kita


"Saudara perlu turun ke bawah jawab masalah kerana fakta itu menyebelahi kita dan fakta dibohongi oleh mereka perkara ini dibangkitkan sebelum kita memerintah. Sekarang kita lawan tetap lawan," tegasnya.


Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan non Melayu agar jangan menghangatkan suhu politik.

'

"Bila cakap perkuatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ada yang pertikaikan padahal...kecuali Sabah dan Sarawak undang-undang membolehkan (penggunaan bahasa penghantar selain Bahasa Melayu), tetapi untuk Semenanjung dan negara keseluruhannya penguasaaan Bahasa Melayu mesti dipertahankan,jangan ada tanggapan kita akan remehkan kepenting Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini," katanya.


Namun Anwar mengingatkan bahawa dasar itu bukan bersifat zero sum game kerana negara juga mahu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mutu pendidikan.


Justeru itu, katanya mulai tahun depan usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu penguasaan Bahasa Inggeris.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page