top of page

'Mereka cipta inlasi, mereka buat jawatankuasa jihad perangi inflasi'



Jihad perangi inflasi yang dilancarkan oleh kerajaan Bn - PN dianggap pelik oleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.


Berpidato dalam Jelajah Harapan Selangor di Kota Damansara, malam tadi, Khalid bertanya bukankah kerajaan BN - PN yang menarik subsidi sehingga berlaku kenaikan harga barang tidak terkawal, apalah gunanya mereka pula berjihad untuk melawan inflasi?


"Rakyat boleh lihat apa yang berlaku selepas Langkah Sheraton di bawah Muhyiddin, Ismail Sabri, kedua dua kerajaan semua yang dijadi tumpuan adalah survival. Jawatan disogok, kabinet terbesar, 70 menteri timbalan, duta duta bertaraf menteri tetapi masalah rakyat tak selesai.


"Sampai sekarang mereka tak tahu apa yang perlu dibuat tangani harga barang. Dia yang tarik subsidi, dia pula yang nak bentuk jawatankuasa jihad inflasi. Sedangkan mereka yang menghasilkan inflasi," sinisnya.


Tegas Ahli Parlimen Shah Alam itu, rakyat kini ingin menjatuhkan kerajaan BN - PN cuma mereka tidak nampak pilihan yang lebih baik


Justeru, kata Khalid, menjadi tugas PH untuk menunjukkan kekuatan dan kemantapan bersama.


"Rakyat boleh dilihat inginkan perubahan. Mereka nak tolak BN tetapi terpulang kepada kita sejauh mana nak yakinkan mereka kita boleh handle kerajaan.


"Kita ada perbezaan, ada pandnagan berbeza tetapi dalam mesyuarat PH kita bahas dan kita selaraskan. Kita kenalpasti. Ada isu penting, tetapi selain itu, isu strategi untuk mencapai kemenangan adalah terpenting.


"Apa sahaja masalah selepas ini kita selesaikan dalam mesyuarat PH. Kita akan tumpu serangan kepada BN dan PN dan zahirkan kita akan memerintah lebih cemerlang daripada mereka," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page