top of page

Menteri Wilayah Persekutuan perlu kerjasama Ahli Parlimen fahami masalah penduduk



Masalah di Wilayah Persekutuan amat rencam dan rumit, sama ada menguruskan penduduk atau infrastrukturnya.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak akan mampu menyelesaikan masalah bersendirian kecuali beliau melibatkan sama Ahli-ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan.


"Shahidan Ahli Parlimen Arau, sebelum ini bila bahas di Parlimen dia mesti akan sentuh Kuala Lumpur. Tetapi bagi saya itu belum memadai. KL ini satu metropolitan yang sangat complicated dari segi penduduk 1.8 juta, tetapi sebelum pandemik 5 - 6 juta warga keluar masuk bekerja di sini


"Untuk mengurus bandaraya yang 8 - 9 juta populasi bukan mudah. Masalah trafik, miskin bandar, banjir kilat ia bukan mudah. Itu tidak menyentuh soal pembangunan


"Isu tanah contohnya, isu pembangunan semula Kampung Baharu. Saya lihat Menteri Wilayah yang ada sekarang perlu bekerja dengan cepat dan perlu bekerjasama dengan Ahli Parlimen yang lebih mengenali kawasan masing-masing, untuk sama-sama selesaikan masalah," katanya dalam temubual Lensa Parlimen bertajuk "Menjengah Realiti Warga Kota".


Fahmi memberi contoh, di Kuala Lumpur masalah paling kronik menurut beliau adalah rumah PPR yang mana kadang-kala terdapat 3 keluarga tinggal bersesak-sesak.


Apatah lagi ketika pandemik, yang mana mungkin ada keluarga yang kehilangan pekerjaan dan sebagainya.


"Masalah rumah PPR, kadang kala ada 3 - 4 keluarga tinggal dalam satu rumah. Sebelum pandemik tak jadi masalah sangat, mereka keluar berkerja dan balik tidur sahaja. Namun bila pandemik ada yang tak kerja. Masa lockdown semua duduk dalam rumah. Kerajaan perlu faham situasi seperti ini sebelum buat dasar.


"Sekarang waktu buat dasar, ada menteri yang beritahu saya, bila kami buat keputusan ini kami buat di meja mesyuarat. Cubalah buat dalam rumah PPR, cuba jengah mereka," sinisnya.


Selain itu, menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN itu, masalah miskin bandar juga perlu diselesaikan melalui pendekatan yang betul. Misalnya mengurus warga yang kehilangan sama sekali modal untuk kembali berniaga selepas lockdown.


"Masalah miskin bandar ialah isu pekerjaan, pendapatan, sewa rumah, pinjaman bank. Ada yang jumpa saya kedai gunting tak boleh buka tak ada modal, gym lama tak operasi tetapi pemilik premis minta sewa 5 - 6 bulan .


"Kerajaan kalau dia betul faham kesusahan rakyat, dia akan cari penyelesaian yang bukan sahaja tuntas tetapi efektif


"Dulu kerajaan Perikatan Nasional 1.0, dia luluskan undang-undang langkah sementara berkaitan Covid. Itu adalah bagi syarikat pembinaan kalau delay maka ada perkara yang memanfaatkan dia (tidak boleh dituntut ganti rugi oleh pembeli).


"Namun dalam hal lain, ada perkara sepatutnya dimasukkan dalam undang-undang untuk menjamin rakyat misalnya tidak dihalau oleh tuan rumah pada waktu pandemik


"Saya dapat banyak kes macam itu. Kita cuba bangkitkan tetapi kita bukanlah sebahagian kerajaan," katanya.


Menjawab soalan moderator mengenai Rancangan Malaysia Ke 12 pula, Fahmi berkata nilai pembangunan RM400 bilion tidak semestinya memberi kesan segera kepada rakyat. Malah kesannya mungkin hanya dirasakan 5 tahun dari sekarang.


Cuma buat masa ini, tambah beliau, kerajaan tidak menyediakan pelan yang sesuai atau exit plan dalam memulihkan semula ekonomi yang terjejas teruk akibat Covid 19.


"Kalau kita lihat peluang pekerjaan ini satu faktor besar. Banyak syarikat tutup, kalau masih bekerja pun dulu gaji RM3,000 sekarang RM600. Ramai merasakan demi kelangsungan hidup mereka lakukan apa sahaja. Selagi mereka dapat bayar sewa, bil dan perkara asas


"Berapa lama dia akan berada dalam keadaan itu? Kita harap kerajaan yang ada sekarang akan menyuntik ekonomi, saya rasa kurang jelas apa perancangan mereka. Ini sangat penting untuk kawasan di Lembah Klang misalnya.


"Kebanyakan sektor ekonomi di Kuala Lumpur lebih kepada perkhidmatan. Anak-anak tamat universiti dia nak ke mana? Yang paling saya risau orang buat pinjaman rumah mampu milik, adakah dia akan mampu bayar lepas ini? Sama ada pekerjaan terus ada atau hilang bergantung kepada pelabur yakin atau tidak dengan birokrasi kita. Dan karenah birokrasi kita mungkin akan merencatkan (keyakinan)," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page