top of page

Mengapa SKMM lemah sekat laman web judi dari terus beroperasi?



Isu laman web perjudian tular apabila dua daripada penganjurnya begitu berani menaja pelakon Melayu dalam promosi iklan menggalakkan umat Islam berjudi bagi mengumpul perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri.


Namun, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, dalam catatannya di Facebook membawakan persoalan bagaimana pula halnya dengan laman web judi yang tidak memecah tradisi dengan iklan Hari Raya? Sedangkan laman web berkenaan, katanya, bebas melakukan operasi judi setiap hari.


"Mutakhir ini isu judi online semakin menjadi-jadi, sampai pelbagai video promosi dibuat yang semestinya menyentuh sensitiviti umat Islam terutama di bulan Ramadan ini.


"Persoalannya mengapa begitu banyak laman web judi online masih boleh beroperasi?


"Adakah membuat video promosi judi online itu sahaja kesalahannya? Adakah pembikin dan pelakon video promosi itu sahaja boleh diambil tindakan?


"Mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menghalang akses kepada semua laman web judi online? Adakah pangkalan data (server) laman judi online ini dalam negara atau di luar? Apakah tindakan yang akan diambil?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Menurut Fahmi lagi, kerajaan perlu menyelidiki pengusaha-pengusaha laman web judi berkenaan kerana judi dalam talian tidak dilesenkan.


"Siapa pengusaha di sebalik laman-laman web ini? Apakah judi online ini dibenar oleh kerajaan? Jika tidak, mengapa dibenarkan beroperasi?


"Mengapa pengusaha-pengusaha judi online ini tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah?


"Berapa ramai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu Islam yang terjebak dengan gejala judi, akibat adanya judi online ini?" tanya beliau lagi.


Di samping itu, tidak lupa Fahmi membangkitkan persoalan mengapakah parti Islam Pas dari pimpinan sehingga penyokongnya tidak 'berbunyi' dalam isu judi dalam talian.


Penyokong parti tersebut ketika Pakatan Harapan berkuasa pernah melakukan tunjuk perasaan di hadapan kedai judi berlesen meminta agar diharamkan terus aktiviti perjudian.


Selain itu, Fahmi juga meletakkan URL laman web perjudian di Facebooknya bagi memudahkan SKMM untuk mengambil tindakan. Dengan satu soalan nakal: "Adakah sebarang tindakan akan diambil?"


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page