MB Johor tidak jujur, PN tidak pernah layan jemputan PH


Pakatan Harapan (PH) Johor menempelak kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang menyeru pemimpin politik dari parti kerajaan dan pembangkang berganding bahu membangunkan negeri.


Hakikatnya, Hasni selaku wakil Perikatan Nasional (PN) tidak pernah melayan sebarang permintaaan daripada Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan untuk mengadakan apa jua perbincangan, malah tidak pernah menunjukkan minat untuk berbincang soal kebajikan rakyat dengan pihak pembangkang.


"Seandainya Hasni benar-benar serius mahu bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk mentadbir negeri, beliau sekurang-kurangnya patut membalas mesej-mesej Ketua Pembangkang, Aminolhuda Hassan yang telah beberapa kali cuba berbincang hal ehwal kepentingan awam.


"Kenyataan-kenyataan rasmi PH telah secara terbuka mengajak Hasni untuk bertemu dan berbincang tentang isu-isu negeri, namun jemputan itu tidak pernah beliau endahkan.


"Justeru, apabila Hasni tiba-tiba menghulurkan tangan mengajak semua pemimpin politik negeri Johor untuk berhenti berbalah dan bekerjasama membangunkan negeri kami kira ini sesuatu yang tidak jujur kerana beliau sendiri enggan menerima salam perbincangan sejak hari pertama menjawat jawatan Menteri Besar," menurut satu kenyataan PH Johor.


Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.


Terdahulu, Hasni berkata, walaupun terdapat perbezaan pendapat, semua pemimpin dari parti kerajaan mahupun pembangkang perlu berganding bahu untuk membantu membangunkan serta memulihkan semula ekonomi negeri Johor.


Kenyataan itu bagaimanapun dianggap sebagai hipokrit, kerana Hasni dan PN sebenarnya jelas takut apabila Sultan Johor mengancam mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika perebutan berkuasa terus berlaku di negeri itu.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio