top of page

Malaysia sokong resolusi PBB desak gencatan senjata segera di Gaza

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 13, 2023
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Malaysia menyokong dan menaja bersama draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA) mendesak gencatan senjata kemanusiaan segera dilakukan di Gaza semalam, kata Wisma Putra.


Resolusi bertajuk "Protection of civilians and upholding legal and humanitarian obligations" itu diterima dalam Sesi Khas Tergempar (ESS) Ke-10 UNGA yang disambung semula dengan 153 undi menyokong, 10 menentang manakala 23 berkecuali.


Wisma Putra dalam kenyataan berkata melalui resolusi itu, UNGA PBB menyatakan keprihatinannya terhadap masalah kemanusiaan yang berlaku di Gaza dan mendesak genjatan senjata segera.


"Perhimpunan itu juga menuntut pembebasan segera tawanan tanpa syarat selain memastikan juga tiada halangan ke atas akses bantuan kemanusiaan," kata kenyataan Kementerian Luar hari ini.


Kenyataan itu menyebut, sokongan padu terhadap resolusi itu oleh sekumpulan negara rentas rantau mencerminkan komitmen masyarakat antarabangsa untuk mencari penyelesaian adil, berkekalan dan damai terhadap konflik Palestin-Israel.


"Ini menjadi lebih mendesak memandangkan tragedi kemanusiaan mengerikan di Semenanjung Gaza akibat keganasan berterusan Israel," menurut Wisma Putra.


ESS ke-10 disambung semula atas permintaan bersama Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto pada Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat lalu terhadap resolusi yang menuntut gencatan senjata segera untuk menghentikan kezaliman di Gaza.


Malaysia bersama Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Namibia, Afrika Selatan, Thailand, Timor-Leste dan Turkiye menyokong permintaan bersama itu.


Tegas Wisma Putra, Majlis Keselamatan jelas gagal melaksanakan tanggungjawabnya dan penerimaan resolusi itu mengesahkan semula peranan penting Perhimpunan Agung dalam perkara yang berkaitan keamanan dan keselamatan antarabangsa.


"Majlis Keselamatan tidak sepatutnya mengabaikan desakan golongan majoriti berbanding kepentingan diri segelintir pihak," bidas kenyataan itu.


Selain itu, resolusi berkenaan turut menggesa semua pihak untuk mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa terutamanya berkaitan perlindungan orang awam.


"Malaysia menegaskan bahawa satu-satunya penyelesaian yang berkekalan terhadap malapetaka yang menghancurkan itu ialah dengan memberikan rakyat Palestin negara merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," katanya.


Terdahulu UNGA PBB menerima pakai draf resolusi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza pada Selasa.


Resolusi tidak mengikat itu dibentangkan oleh Mesir dengan 153 undi menyokong pada Perhimpunan Agung 193 anggota yang berhimpun bagi sesi khas tergempar mengenai Palestin.


Sepuluh negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Israel dan Austria mengundi menentang resolusi itu manakala 23 negara termasuk United Kingdom (UK), Jerman, Itali dan Ukraine berkecuali.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page