top of page

Malaysia negara strategik: PM mahu syarikat Jerman kembang pelaburan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 14, 2024
  • 1 min read


Malaysia muncul sebagai negara pertumbuhan strategik ekonomi yang mempunyai pasaran besar ke negara negara Asia.


Sehubungan itu, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar syarikat kecil dan sederhana Jerman melihat Malaysia sebagai tapak pemarasan produk mereka dan dijemput untuk mengembangkan pelaburan.


Hal itu ditekankan Anwar sewaktu menyampaikan ucaptama pada SME Future Day 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (BVMW).


"Ruangan ini (ucaptama) saya gunakan untuk mempelawa syarikat Jerman serta perniagaan di Eropah mengambil bahagian, melabur dan menjalin kerjasama dengan Malaysia.


"Saya tegaskan Malaysia kini muncul sebagai sebuah negara yang strategik dan berkembang pesat serta mampu menawarkan barisan tenaga kerja mahir, infrastruktur moden, persekitaran kawal selia yang jelas, selain potensi pertumbuhan yang besar," katanya dalam catatan di Facebook.


Menurut Anwar, kerajaan Malaysia amat menggalakkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk menerima inisiatif tenaga hijau, termasuk amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) terbaik.


"Kerajaan turut memberi penekanan khusus kepada transformasi digital dalam kalangan PMKS bagi meningkatkan pertumbuhan eksport.


"Semoga Malaysia terus berkembang sebagai pintu masuk strategik untuk Jerman atau mana-mana negara ke pasaran ASEAN, InshaAllah," katanya lagi.


Anwar dalam rangka lawatan 5 hari ke Jerman atas jemputan atas jemputan kerajaan Jerman. Sebelum ini beliau telah menemui Canselor Jerman, Olaf Scholz dan menghadiri beberapa pertemuan dengan kapten perindustrian negara itu.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page