top of page

Malaysia lebih buruk jika tiada perubahan dibuat, kata Anwar



Semua parti dalam kerajaan perpaduan bersetuju dengan pandangan bahawa Malaysia mungkin akan mundur sekiranya tiada komitmen politik jelas dalam negara ketika ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata begitu dalam satu temu bual bersama Aljazeera yang disiar semalam sebagai mengulas kerjasama gabungan dipimpinnya dengan beberapa parti berbeza yang bermakna beliau terpaksa berkompromi dengan dasar dalam janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum November tahun lalu.

"Ya, terdapat pelbagai parti politik. Tetapi apa yang penting – adakah mereka bersetuju bahawa keadaan di negara ini akan menjadi semakin buruk sekiranya tiada langkah diambil untuk membuat perubahan sekarang? Mereka bersetuju.


"Adakah mereka bersetuju masalah utama isu ini adalah tata kelola yang baik? Ya. Adakah mereka bersetuju rasuah menjadi penyakit di negara ini? Ya. Dan sudah pasti, kami sesuaikan dasar," katanya kepada stesen penyiaran satelit berpangkalan di Dubai itu.


Dalam wawancara sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menekankan bahawa negara ini memerlukan perubahan.


Beliau juga mengulangi semula komitmen beliau untuk mengubah dasar tindakan afirmatif negara untuk menjadikan ia berasaskan keperluan bukannya bangsa.


"Melainkan ada satu komitmen politik yang jelas, satu keazaman untuk berubah, saya tak percaya Malaysia akan bangkit," tambahnya.


Anwar sementara itu menegaskan, beliau kini perlu lebih berjaya mentadbir Malaysia setelah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri


"Saya kini bukan lagi ketua pembangkang dan perlu berjaya. Ia memerlukan banyak kesabaran dan lebih kepada toleransi dan menerima kritikan," jelas tokoh reformasi itu.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page