top of page

Malaysia cadang PBB wujud agensi khas tangani isu air




Malaysia mencadangkan agar Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mewujudkan satu agensi khas bagi menangani masalah air global.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian di Persidangan Air 2023 PBB di New York, Amerika Syarikat.


Katanya, Agenda Tindakan Air memerlukan rangka kerja yang menegaskan mengenai peranan air sebagai tonggak menghubungkan hasil sosial, alam sekitar, ekonomi serta budaya.


"Hal ini harus dijadikan agenda tetap dalam rangka kerja PBB


"PBB perlu terus membantu mewujudkan mekanisme bagi membolehkan negara maju menyediakan bantuan kewangan dan teknikal, dan pembangunan kapasiti untuk mempercepatkan pencapaian SDG 6 (Matlamat Pembangunan Mampan 6)," katanya.


Nak Nazmi menegaskan penubuhan agensi yang dicadangkannya penting memandangkan dunia akan menghadapi kekurangan air bersih pada dekad mendatang.


"Perubahan iklim memburukkan dan melebarkan jurang pembangunan sedia ada. Air adalah tumpuan untuk menangani isu ini," ujarnya.


Justeru, beliau mengingatkan setiap rancangan pembangunan seharusnya mempertimbangkan elemen berkaitan air dan impak yang akan diterima dengan tidak mengabaikan alam sekitar.


Nik Nazmi juga berkongsi beberapa kejayaan Malaysia termasuk Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart) yang bukan sahaja berfungsi untuk mengurangkan risiko banjir tetapi juga berkesan dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.


Pada sisi lain, katanya, Malaysia berjaya mencapai 97% akses bekalan air manakala perkhidmatan pembetungan telah mencapai 85.4% terutama di bandar utama.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page