top of page

Laporan polis PN projek RM700 juta hanya 'peluru kapur' - MB




Menteri Besar (MB) Selangor menyifatkan laporan polis dibuat Perikatan Nasional (PN) terhadapnya berhubung pembabitan dalam sebuah syarikat yang menjalankan projek pendalaman dan pelebaran Sungai Klang ibarat menghantar 'peluru kapur'.


Bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen semalam, Datuk Seri Amirudin Shari berkata tindakan PN itu adalah satu serangan kepada Kerajaan Negeri selain cubaan menggambarkan bahawa ada kepentingan peribadi terhadap dirinya dalam projek bernilai RM700 juta itu.

"Kehadirannya dan seorang Exco Selangor dalam syarikat terbabit bukan atas dasar peribadi sebaliknya mewakili Kerajaan Negeri untuk memastikan kepentingan Kerajaan Negeri dijamin dengan selesa.


"Saya mengucapkan tahniah kepada PN yang menghantar 'peluru kapur' untuk menyerang Kerajaan Negeri, boleh cuba lagi pada masa depan.


"Saya ingin tegaskan bahawa saya mewakili Kerajaan Negeri untuk memastikan kepentingan Kerajaan Negeri tidak terganggu dan tidak terkurang," jelasnya.


PN Selangor sebelum ini membuat laporan di Balai Polis Kinrara mendesak siasatan dibuat berkait pembabitan Amirudin dengan sebuah syarikat Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB).


Tidak lama selepas laporan itu, Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin tampil menegaskan kedudukan Menteri Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim adalah bagi mewakili kepentingan Kerajaan Negeri supaya projek untuk meningkatkan kapasiti sungai untuk menangani isu pencemaran dan banjir itu dapat dilaksanakan secara telus, teratur dan menepati matlamat.


Tambahnya lagi, projek tersebut juga tidak membabitkan suntikan tunai daripada kerajaan Selangor.


"Kos akan dibiayai melalui tanggungan premium tanah tanah yang bakal dibangunkan berjumlah RM117 juta, tanggungan hutang RM54 juta dan selebihnya melalui penerokaan pembiayaan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor).


"Justeru, projek ini tidak melibatkan sebarang suntikan tunai daripada Kerajaan Negeri seperti yang didakwa," katanya dalam kenyataan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page