Darurat tidak demokratik, PN guna Covid-19 untuk kekal berkuasa - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hasrat kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk melaksanakan darurat adalah tidak demokratik dan isu peningkatan kes wabak Covid-19 dipergunakan untuk terus berkuasa.


Malah, Presiden KEADILAN itu bimbang bahawa langkah darurat tersebut adalah sekadar untuk menyekat proses perbahasan di Parlimen.


"Hari ini kita sedang menyaksikan babak sejarah yang tidak pernah berlaku sebelumnya yakni mempunyai sebuah kerajaan yang bergelut dengan persoalan keabsahan, dan sedang menggunakan wabak Covid-19 yang memungkin penyalahgunaan kuasa.


"Darurat diisytihar apabila ada ancaman terhadap keselamatan negara tetapi apabila kerajaan sendiri adalah sumber ancaman itu, keadaan darurat tidak lebih dari pemerintahan diktator dan autoritarianisme.


"Saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan pentingkan diri," katanya dalam satu kenyataan.


Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berpendapat langkah darurat menonjolkan kelemahan kerajaan PN dalam menangani wabak Covid-19 dan keupayaan memulihkan ekonomi negara.


"Dengan langkah ini, maka kerajaan PN yang tidak ada keabsahan ini telah menonjolkan kelemahan mereka dalam menangani wabak Covid-19 dan kemelut ekonomi yang kita hadapi sekarang.


"Negara-negara di rantau ini sedang memikirkan pelbagai cara menangani wabak dan benarkan aktiviti ekonomi untuk bergerak, namun Malaysia sedang bergerak kebelakang.


"Kita masih belum mengetahui apa strategi kerajaan dalam mengemudi krisis ini, tetapi apa yang terpamer adalah pemerintah merasakan strategi ampuh untuk melawan dampak wabak adalah dengan melemahkan demokrasi.


"Apa yang kita perlukan dalam mendepani wabak Covid-19 adalah ketelusan, kebertanggungjawaban dan dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian. Pemerintah telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa," katanya.


Cadangan pelaksanaan darurat tersebar di media massa sejak berakhirnya mesyuarat khas kabinet Muhyiddin di Putrajaya tengah hari tadi.


Spekulasi bertiup kencang apabila kenderaan rasmi PM dilihat memasuki Istana Abdulaziz di Kuantan petang tadi dalam misi yang dianggap pemerhati politik untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong mengisytihar darurat pemerintahan dalam waktu terdekat.


Rombongan Muhyiddin dilaporkan turut diiringi kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Affendi Buang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER