top of page

Laksana kempen 'yakin vaksin' secara menyeluruh, libatkan pihak berkuasa akar umbi


Kempen pendaftaran dan program suntikan vaksin Covid 19 yang lembab kekal menjadi masalah utama dalam usaha kerajaan untuk mendapatkan imuniti kelompok dalam kalangan rakyat menjelang hujung tahun ini.


Menurut Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, S Gopalakrishnan, kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya bertindak lebih agreasif dalam kempen vaksinasi melibatkan kesemua jentera kerajaan di peringkat Persekutuan, Negeri dan akar umbi.


Katanya, kempen 'yakin vaksin' adalah selamat kepada penerima perlu dijalankan segera agar pendaftaran sukarela untuk suntikan boleh diperbanyakkan.


"Jumlah pendaftaran vaksinasi di negeri Johor di sekitar 55.30% berbanding Kuala Lumpur 70.67%, ikuti Selangor 69.23 %. Jumlah yang telah disuntik vaksin di Johor hanya 7.70%, bersamaan dengan 215,762 orang. Ini menunjukan proses vaksinasi terlalu lembab dan perlahan.


"Dalam hal ini kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk meningkatkan pendaftaran dan mempercepat proses vaksinasi.

"Pejabat daerah, agensi kerajaan, klinik dan hospital swata juga boleh memainkan peranan (berkempen) untuk membantu mempercepatkan proses vaksinasi.


"Kerajaan juga boleh berkongsi maklumat dan testimoni daripada orang yang telah mengambil dua dos vaksin untuk meyakinkan masyarakat bahawa vaksin selamat. Kelembapan proses vaksinasi akan memberi implikasi yang besar kepada kesihatan rakyat serta ekonomi negara," kata Gopalakrishnan dalam satu kenyataan.


Menurut ADUN Tiram itu lagi, program penerangan perlu disusun secara lebih jitu dan bukan 'sekadar ada' sebagaimana yang berlaku hari ini.


Jelasnya, angka yang diberikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid 19 (JKJAV) menunjukkan hanya sepertiga daripada populasi telah mendaftar, manakala majoriti masih belum membuat keputusan untuk menerima vaksin.


"Berdasarkan laporan JKJAV, kerajaan sasarkan 80% imuniti kelompok. Sehingga kini hampir 12,683,764 rakyat sudah berdaftar manakala 2,364,455 sudah divaksinasi.


"Kalau dibandingkan antara jumlah yang telah terima vaksin dengan jumlah populasi negara maka masih jauh untuk mencapai matlamat yang disasarkan oleh Kerajaan dalam tempoh yang terdekat.


"Oleh itu, kerajaan perlu mengambil pendekatan melalui program penerangan dan kesedaran khususnya di kawasan-kawasan yang kurang mendaftar seperti luar bandar, kampung atau mengikut lokaliti.


"Agensi kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan, ketua kampung, ahli majlis, penghulu juga perlu memainkan peranan untuk memberi maklumat tepat dan perinci kepada masyarakat setempat," katanya lagi.


Tegas Gopalakrishnan, rakyat tidak akan bersedia untuk menerima pelaksanan lockdown kali ke tiga atas kegagalan kerajaan itu sendiri untuk menguruskan proses vaksinasi dan pengawalan wabak Covid 19.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page